Tuesday 27 March 2012

mr.right..^^..chapter 4: celaru

Luqman memerhatikan Adilah yang tekun menghadap bahan bacaannya, sesekali tampak kerutan di dahi, tekun benar minah ni menelaah..  tapak tangan Luqman mula berpeluh…ish! Aku nak cakap ke tak ni!.. Luqman berkira-kira…Mahu ke Adilah berkomplot dengannya?

Plan kononya mahu membuat pakatan axis dengan Adilah untuk mendapatkan info tentang Ummul Kamelia, memandangkan Adilahlah orang yang paling rapat dengan Ummul Kamelia semenjak kebelakangan ni.

Walaupun dia biasa berbual dengan Adilah dek kerana semesta sebelumnya dia dan Adilah sudah beberapa kali berada dalam kelas yang sama, namun untuk bercakap tentang Ummul Kamelia dengan si Adilah ni mengudang seribu gugup di hatinya, gagap pun ada… hish! Luqman merengus..

Sudah 15 minit dia berdiri di celahan rak-rak buku yang tersusun rapi di perpustakaan yang hening lagi permai itu. kelihatan Adilah masih lagi tekun menelaah, serba-salah pula jadinya, patut ke aku mengangu minah ni time khusyuk camtu, tak pasal-pasal kena hentam nanti…Luqman menarik nafas panjang, lantas dilepaskan..tangan diangkat lagak membetulkan segala urat dan sendi ada juga kelihatan seperti teknik yoga… Luqman tekad, langkah harus diambil sebelum Fazril Berjaya memenangi hati Ummul Kamelia.. itu azamnya..yosh!!! langkah diatur mendekati Adilah yang masih statik menelaah..
Di hampirinya meja Adilah, skrip sudah disusun siap-siap, semalaman dia menghafal ayat yang mahu disuakan pada Adilah.. “Adilah.” Panggil Luqman. Adilah mengankat kepalanya.. “kau ada masa tak sekarang? Aku ada something penting nak bincang dengan kau.” Luqman menekankan ayat ‘something penting’, bimbang Adilah menolak pelawaannya untuk berbincang.

Adilah mengankat keningnya.. “err.. kalau ada apa-apa cakap kat sini aje lah.”
“Susah lah, kita cakap kat luar lah, nanti bising, ganggu orang nak study pulak, lagi pun tengok sign tu.” Luqman menundingkan jarinya tepat kearah papan tanda yang tergantung di dinding sudut kiri yang tertulis ‘Dilarang Bising’…
Adilah mencebik.. ngada-ngada betul lah mamat ni! Kutuknya di dalam hati… “oi..oi, kau nak cakap guna mike ke sampai mengannggu orang lain.” Adilah membuat muka menyampah..

 “Ala..jomla..” Luqman pula buat muka kesian.. “lagi pun ni kan library, nanti orang tuduh aku datang sini bercakap bukannya study, aku kan public figure.” luqman mengenyitkan matanya..

Adilah terasa nak terkeluar muntah hijau..mual!.. “hish! Kau ni! Cepatlah!”  Adilah mengutip buku-bukunya, Luqman tersenyum menang. Mereka berjalan seiring keluar daripada perpustakaan…

“kau belanja aku, boleh?!” Adilah cuba membuat urusniaga, teknik yang dipelajari daripada Ummul Kamelia, minah tu memang master bab-bab makan free ni.

Luqman befikir sejenak.. “Aku tak draw duit agi ni, macam ni, kau bayar dulu, and nanti aku bagi kau duit…deal..” Luqman membuat lawak bodoh..

Adilah mengetap bibir, mamat ni memang nak kena cepuk! “ man kau nak makan penampor aku ke!”

“Nak!..nak!”..ha ha..luqman ketawa terkekek-kekek tak ingat diri..namun ketawa Luqman terhenti mengejut, mukanya mula membiru, ntah ke mana darahnya, ala-ala zombie pun ada..

Ummul Kamelia yang kebetulan lalu di hadapan mereka, tersenyum  kearah Adilah,  Luqman apa lagi mulalah gelabah tahap mengkarung…adoi! kenapa time ni! Why??..why??..Luqman resah, habis hilang segala ayat yang mahu disuarakan pada Adilah nanti, buat penat je dia tidur lambat semalam dek kerana menghafal skrip..hish!

Adilah pula dengan muka sepuluh sen mengajak Ummul Kamelia makan bersama-sama  mereka di cafe, ha ha, tambah lagi satu korum, engkau bayarlah lunch kita orang man, kalau tak memang kau bukan gentleman..huwah huwah, Adilah ketawa dalam hati melihatkan muka membiru Luqman..kes takut nak bayar lunch kami ler tu, kedekut taik idung keras! Adilah tak sedar pula yang muka membiru Luqman sebenarnya disebabkan kehadiran sahabat baiknya…manalah dia sangka…

Mulanya Ummul Kamelia menolak, dia pun tak nak menganggu perbualan Adilah dan mamat yang asyik memandangnya, tak biasa tengok orang ke mamat nih! Aku korek biji mata tu baru tau! Jakun punya orang! Bebel Ummul Kamelia dalam hatinya, tidak selesa akan pandangan mata yang dihadiahkan oleh Luqman yang sedang tekun menahan debaran jantungnya..
 Namun dek kerana pujukan Adilah yang bijak mengunakan alasan supaya Ummul Kamelia menemaninya berbincang perkara penting dengan Luqman dan turut menyelitkan ayat ‘makan berdua tidak manis dilihat orang,’ Berjaya meraih simpati Ummul Kamelia.. Adilah tahu alasan itu memang akan membuatkan Ummul Kamelia akur..sahabat sejati kataka..Adilah tersenyum sumbing..

Adilah cuba meraih persetujuan Luqman pula, yang kalau diperhatikan betul-betul sebenarnya lebih kepada berbentuk paksaan ya. “man, betul tak pe aku cakap kan..kan..kan..” Luqman hanya mampu mengangguk lemah, dalam hatinya mengerutu.. macam mana misi nk jalan kalau Ummul Kamelia ada bersama mereka!.. Luqman buat-buat senyum menawan, mukanya di control macho, walaupun hatinya dah tak keruan, ala-ala tongkang dilanda ribut taufan, al-maklumlah depan gadis yang disukai mesti kelihatan perfect! Luqman menghadiahkan senyuman trademarknya bibir atas dijongketkan, matanya yang sedia sepet bertukar bentuk menjadi ‘smile eyes’, itu memang senyuman yang paling memikat dan menawan, bukan sekadar pujian kosong ya, tapi dah ramai perempuan yang kalah dan tertunduk malu akan senyuman killer ku ini..hu hu hu..namun senyum Luqman hilang sebaik Ummul Kamelia memalingkan mukanya kearah lain..cehhh..obviousnya tak suka aku..

Adilah memilih meja di hujung sekali, pemandangan di situ cantik, outdoor, namun teduh dek kerana pokok buluh yang merimbun tersusun kemas, di tepinya pula ada air terjun mini buatan disertai replika kecil sang kura-kura, dan bangau, memang tenang menjamu selera disertai bunyi deruan air daripada waterfall mini ni, sengaja Adilah memilih meja itu, Adilah tahu, itu meja kegemaran Ummul Kamelia..

Selepas makanan siap di order, Adilah memulakan bicara.. “So..Man, apa yang penting sangat kau nak bincang tadi?” Tanya Adilah selamba, tidak mengesyaki apa-apa pun…

Luqman buat muka toya.. adoi terpaksa la drop main subject..haru! kena menipu pulak aku jadinya, argh! Bantai je lah..action! “kau simpan lagi tak assignment politics biz yang kita buat….bla..bla…..menipu…dan menipu…Luqman kau memang terror..tensionnya..gumal hati Luqman, muka bersahaja, tapi hati tak usah cerita lah, berbaur-baur semuanya, ni kalau diadun mahunya jadi kuih bangkit..hish! nasib aku lah…

……………………………..

Usai menunaikan solat zohor, Luqman membuka laptopnya, dia menyemak friends request di laman facebooknya. Ada 267 orang, semuanya perempuan, dilihat pula massage yang tertunggak belum dibalas, beratus-ratus juga..boring!  Luqman log out facebooknya.. Dia menopang dagu…. Luqman memang menjadi kegilaan ramai, bukan sahaja kerana wajah Chinese looknya yang persis Aarif Lee, actor yang kian meningkat naik di Hong Kong, yang popular dengan jolokan young bruce lee, malah statusnya anak kepada jutawan perumahan terkenal Datuk Hafiz Tan Abdullah, membuatkan dirinya menjadi sebutan di kalangan gadis-gadis..  

Namun itu semua tidak mampu memberikan kegembiraan dan kebahagiaan buatnya. Tidak dinafikan ayahnya seorang yang penyayang, walaupun ibunya yang tercinta sudah  pulang ke Rahmatullah bertahun lamanya, namun ayahnya tidak mencari pengganti. Luqman amat berbangga dengan ayahnya. Tapi disebabkan kesibukkan yang menghambat ayah daripada meluangkan lebih banyak masa dengannya membuatkan dia merasa kesunyian..terlalu..

Dia pula tidak ramai kawan, kawan yang ada hanya kawan yang mahu mengambil kesempatan atas kesenangannya, mahu berseronok dengannya, malah mengajaknya pergi ke tempat-tempat yang menjanjikan keseronokkan duniawi, bukannya dia mengakui dirinya baik dan warak, malah pub, disko semuanya sudah dijejaki,namun minuman haram tu memang tidak pernah disentuhnya, pantang! Itulah ibu segala maksiat, dah kalau diteguknya air kencing syaitan tu, bermacam lah dosa yang boleh dibuat, fikiran pun dah tak waras.. dia hanya melepaskan tekanan dengan alunan muzik yang kuat di night club tersebut.

Jiwanya rasa berdosa, kosong dan sunyi. Beruntung juga dia mempunyai seorang ibu yang mementingkan agama, pesan ibunya saat bertarung dengan maut sentiasa berlegar-legar di kotak mindanya.. “man, ingat pesan ummi, jangan sesekali tinggal solat..herk!” nafas diambil, terlalu perit melihat ibunya mahu berkata-kata di saat nazak menghambat.. “solat tiang agama man, kita jahat macam mana pun, kalau kita solat, InsaAllah, kita akan tinggalkan kejahatan tu, man ingat lagi kan cerita ibu time man kecik-kecik dulu, pencuri….”
“yang berhenti mencuri kerana menjaga solatnya” sambung Luqman..
Ibunya tersenyum.. “man ingat kan.” Ibunya pulang juga ke Rahmatullah setelah bertahun-tahun derita bertarung Leukimia. Ibu menghembuskan nafas terakhir dengan KalimahNya dan dengan tangannya memengang tangan Luqman dan ayahnya…

Benarlah kata ibu, kerana menjaga solatnya, walaupun Luqman lalai dengan nikmat hidup membuatkan Luqman kini insaf dan berikrar tidak lagi menjejakkan kaki ke tempat-tempat haram seperti sebelumnya..

Ummul Kamelia.. persis wajah ibunya, itu yang membuatkan Luqman tertarik pada gadis itu, malahan sikap Ummul Kamelia yang dingin dengan lelaki menarik minatnya mengenali lebih rapat gadis itu.

Talifon bimbit Luqman berkelip-kelip tanda ada pesanan ringkas, talifon bimbitnya sentiasa dalam ‘mood senyap’, tidak mahu privasinya diganggu daripada bunyi ringtone. Luqman melihat screen talifon bimbitnya, ada 25 message semuanya, 7 massage daripada Fazril, juga 3 misscall daripada Fazril… Luqman melepaskan keluhan.. dia sedar Fazril seorang sahabat yang baik, kerana sepanjang persahabatan mereka, Fazril tidak pernah mengambil kesempatan di atas kesenangannya, malah Fazril lah yang banyak menolongnya memberi tunjuk ajar dalam ilmu agama.

Fazril anak ustaz, dia seorang yang ikhlas dalam berkawan, semua itu jelas terlihat pada wajah bersih dan senyuman ikhlasnya, namun Luqman bingung bila Fazril kerap berjumpa Ummul Kamelia, sebelum ini, pernah beberapa kali Luqman cuba menguji Fazril dengan bertanya kemana Fazril pergi sebentar tadi, Fazril akan memberi alasan ke perpustakaan, ke bilik pensyarah..bla..bla..menipu!…padahal Luqman terserempak Fazril sedang berbicara dengan Ummul Kamelia, kenapa kau perlu tipu aku Fazril, kalau kau suka Ummul, be truth! Aku pula yang diperbodohkan… Luqman memadamkan semua massage Fazril tanpa membacanya terlebih dahulu…. Hatinya geram membengkak, talifon bimbitnya dilemparkan ke sudut katil..

No comments:

Post a Comment