Sunday, 25 March 2012

mr.right..^^..chapter 1: Menunggu

                    Ummul Kamelia  mengeluh sendirian. Kepalanya dipanggungkan atas balkoni, tangannya pantas menumbuk-numbuk kecil paha kanan, langsung pula singgah tumbukan kecil pada paha kirinya. Keluhan kecil dilepaskan berulang kali.  Sememangnya sudah menjadi tabiat barangkali, kuat mengeluh! kata ibu, semasa mengandungkannya ibu  mengidam makanan yang pedas-pedas, kalau setakat pedas adik-beradik cili kering, ciliboh, atau cili benggala tak pe lah juga ni tahap cili Trinidad Moruga Scorpion yang memang kaw-kaw punya, malah dilabelkan lada paling pedas di dunia kot..tu dia! siap nama saintifik lagi.. Jadi ibu membuat penaakulan sesuka hati beliau bahawa sifat suka mengeluh dan kuat berpeluh yang Ummul Kamelia alami berkemungkinan bawakan daripada pemakanan ibu sewaktu hamil..hish! ada kaitan ke?? logik ke??..macam-macam.. Ummul Kamelia mengelengg-ngelengkan kepalanya lagak orang tua memilih menantu...posisi diubah lagi, lenguh memanggung kepala lama-lama seperti itu, tak keruan jadinya, ala-ala cacing yang terdampar di padang pasir, mengeliat tak tentu. 

                    Sang kaki mula diterjah rasa sengal-sengal. Bahang matahari galak memancarkan cahaya di dada bumi. Peluh jantan, betina dan segala macam jenis peluh mula merenik dan seterusnya mengalir bagai empangan Bakun yang pecah nun di Sarawak. dahla kelenjar peluh aku ni aktif dan agresif semacam,  dalam kuliah yang air-cond gedabak besar pun tapak tangan aku boleh berpeluh..hai nasiblah, terlebih sihat kot..Alhamdulillah..Ummul Kamelia meraup kedua belah tapak tangan pada wajahnya, menambah dramatik untuk menunjukkan betapa bersyukurnya dia pada Yang Esa, atas kesihatan yang dikurniakan.. selesai berdramatik segala, Ummul Kamelia kembali ke alam realitii..fuhhhh! serasa tidak betah lagi berdiri  lama-lama di tengah kepanasan yang berkemungkinan sudah mencapai 38 darjah celcius, nasib aku bukan puteri lilin, kalau tak dah lama cair..terkumat-kamit mulut Ummul Kamelia melalut, mungkin dek kepanasan yang membara membuatkan otaknya mengeleggak dan hilang kawalan, segala macam benda dibebelkan, semut yang tumpang lalu atas pemukaan balkoni pun diibebelnya.. apa punya semut, nak lalu tu mintak izin dulu, kang kalau aku tak perasan, alamatnya penyek lah kau, nasib baik mata aku yang cantik ni nampak..sempat lagi menyelitkan unsur pujian buat diri sendiri, memang masuk bakul angkat sendiri minah ni.. sesekali melintas juga perasaan putus asa, give-up, angkat bendera putih..hish! kedua-dua belah tangannya disilangkan ke dada, muka dimuncung tahap kanggaru...

“hish! Nak jugak aku balik ni karang… adoi! mana gak mamat ni, tak kan lah 'tuang kelas' pulak! Time-time aku rajin cam ni, tak da pulak dia nak melintas! tension betul lah!” Ummul Kamelia mula bermonolog.

Orang yang dinantikan masih tidak kunjung tiba. Berbelah-bagi jadinya, hendak terus pulang sang kaki pula seakan dipaku, walhal Ummul Kamelia arif benar, bukannya sang kaki yang tak mahu menghayun langkah, tapi sang hati ala-ala sudah pegun, tekad hatinya tidak mahu berganjak dari balkoni bangunan Fakulti D Sains yang tesergam indah selagi hajat hatinya tak disempurnakan.

Dari sudut atas balkoni,  Ummul Kamelia dihidangkan pemandangan yang indah sejauh mata memandang, hakikatnya kini, bukan sekadar pemandangan itu yang menarik minat Ummul Kamelia berusaha mendaki anak tangga ke paras mencabar ini, tambahan penat berlari sejurus kuliahnya usai masih terasa, tekak pula mula terasa kering, apa taknya, saat Puan Afina, pensyarah kelasnya kalut menghabiskan ayat penutupnya dengan memesan para pelajarnya menyiapkan tugasan, Ummul Kamelia sudah memasang kuda-kuda bersedia untuk berlari anak, lagaknya tak ubah seperti geng suri rumah yang mahu membeli-belah di pasar raya saat sales berlangsung. 

Puan Afina yang juga ketika itu mengejar waktu dek kerana terlajak masa dihabiskan dalam kelas kumpulan A, group kuliah kegemarannya, ini didorong oleh pembabitan kumpulan pelajar kelas itu yang kelihatan aktif dan minat sekali terhadap subjek yang diajar berbanding group kuliah B yang juga di monitar  olehnya membuatkan Puan Afina merasa bersemangat untuk mencurahkan  segala ilmu dan pengalamannya  di dalam kelas itu setiap kali sesi pengajaran berlansung. 

Bangga bukan kepalang, kembang kuncup hidungnya, tidak sia-sia ilmu ditimba yang menuntutnya bertapa di England selama 4 tahun. Salah seorang pelajar yang menarik minat Puan Afina, gadis rugged malah kelihatan rock dengan sport shoesnya namun unik apabila senantiasa dengan baju kurung dan bertudung penuh, membuatkan Puan Afina menaakulkan bahawa pelajar itu sememangnya mengalami 'krisis identiti' dek kerana watak dan perwatakannya sukar ‘dibaca’ dan sangat berbeza daripada tipikal pelajarnya yang lain, itulah Ummul Kamelia yang sangat aktif di dalam sesi Q&A..question and answer

Ummul Kamelia seorang pelajar yang penuh perasaan ingin tahu. Melihat semangat itu, terus melayangkan ingatan Puan Afina pada memorinya sewaktu di England, dia juga bersemangat waja seperti itu ketika menuntut ilmu, lebih-lebih lagi menuntut ilmu di rantau orang, memaksanya bekerja keras sepanjang pengajiannya, dek kerana semangat itulah, kebanyakkan professornya mengigati namanya, malahan selalu dia diajukan soalan serta pendapat dalam sesi kuliah, serasa waktu itu, mahu saja dia bangun, mengankat tangan lagak Allahyarham Tunku Abdul Rahman semasa mengetuai upacara kemerdekaan dan dia terasa ingin melaungkan ‘Aku anak Malaysia’.. pehhhh!!! gara-gara terlalu bangga kerana dia satu-satunya pelajar Asia yang berjaya menambat hati para professornya..dikuntumkan senyuman senget sebelah, he he he, itu namanya senyuman takbur...

Sebaik lancar ucapan “asalamualaikum and see you all next class.” oleh Puan Afina, sepantas kilat jugalah Ummul Kamelia berlari anak menuju ke bangunan Fakulti D Sains yang memerlukan berpuluh-puluh hayunan langkah panjang dan dakian yang dijamin membakar lemak, mana taknya, balkoni itu terletak di paras teratas Fakulti D Sains, paras 6 yang terlebih mampu membuatkan sendi-sendi kaki Ummul Kamelia lemah longlai lantas mengibarkan bendera putih..

Malam nanti pasti biliknya semerbak bau minyak angin, maunya setengah botol dilumur pada otot kakinya nanti..dan pastinya si Najwa mulut becok, teman sebiliknya membebel kerana tak tahan dengan bau minyak angin..cehh, minah perfume tu kalau pakai perfume tak ingat kiri kanan, bau pulak menyengit tak usah cerita, taste perfume pula memang 'k.o' habis, yang bau menyakitkan hidung tu lah yang dia suka..hish! kumat-kamit bibir Ummul Kamelia membebel sendiri, kakinya pantas menghayun langkah, walau kaki mula terasa  ala-ala krem..

Ummul Kamelia tidak peduli itu semua. Begitulah rutinnya tepat jam 12.30 tengah hari pada hari Ahad dan Rabu, bermula semester ini, kebiasaannya Ummul Kamelia akan ‘mendaki’ bangunan ini setiap kali ada assingment yang harus disiapkan, atau mahu mencari ilham untuk lakaran lukisannya.. di sini lah tempat lepaknya.. ‘cengkerang secretnya’… banyak perkara di lakukan di sini memandangkan balkoni itu jarang dilalui, malahan Ummul Kamelia perasan terdapat banyak bilik yang dibiarkan kosong, pernah juga dia melantun angan-angan yang salah satu daripada bilik-bilik itu dijadikan studio yang menempatkan karya-karya agung lakarannya..agung lah sangat kan!..he he he.. 

khidmat 'cengkerang secretnya' bertambah lagi, ini rentetan daripada Ummul Kamelia mengenali seorang jejaka yang kononya pada Ummul Kamelia ada chemistry, prince charming, the so-called bla..bla.. Uhuk!..uhuk!..Ummul Kamelia terbatuk kecil, terasa mual pula tekaknya bila mengingat perkataan prince charming, geli... tapi apa boleh buat, hati dah terpaut. 

Bak kata orang-orang Melayu lama, manusia akan berubah dan jadi luarbiasa semangatnya bila mula jatuh cinta. Ummul Kamelia tersengih sendiri, ada benarnya pepatah itu, memandangkan  seumur hidupnya tidak pernah sekali pun dia tangkap cinta, tangkap leleh... 

Malah di kalangan teman-temannya, dia digelar stone lady, bukan sahaja penangan buah lukunya yang memedihkan, bahkan hatinya yang keras dan sifat egoistiknya yang melambung tinggi membuatkan teman-temannya mengibarkan bendera putih tiap kali isu lelaki diajukan pada Ummul Kamelia.

uihhhhshh! Siapa sangka stone lady dah jatuh cinta! Ummul Kamelia tersengih  lagi menampakkan barisan gigi depannya.

Jenuh menunggu, fikiran Ummul Kamelia ligat mencari hiburan sendiri. Ummul Kamelia menyeluk beg galas mengeluarkan kamera digital pemberian abangnya, lantas lensa kamera dihalakan ke depan, cuba mencari view yang dirasakan menarik, lantas punat captured ditekan beberapa kali,  beberapa imej gambar pemandangan yang dirasakan agak menarik dapat ditangkapnya, sememangnya Ummul Kamelia akui, kawasan kampusnya sangat indah dan bisa memukau pandangan. Ummul Kamelia menekan punat off, disimpanya semula kemera digital dalam beg galas.

fuhhh!!..keluhan besar dilepaskan, dia menyerah kalah, sudah 45 minit berdiri bagai penyambut tetamu, kalau betul penyambut tetamu tak apa juga! ada penghawa dinginnya dan income masuk pula, “aku? apa pun tak dapat, dapat bau badan je free-free!” Ummul Kamelia meluku kepalanya sendiri.. “siapa suruh aku mengada-ngada nak jadi volunteer penunggu  untuk mamat yang memang tak perasan lansung aku, padan muka! hish!” langkah kaki dihayun dalam mood perlahan, sesuai pula dengan rasa kecewa di hati, matanya ditalakan ke langit, berkerut menahan bahang kepanasan, lantas disepetkan sedikit mata dek sinaran pancaran matahari.

 Satu keluhan kecil dilepaskan, “frustnya aku!" kepalanya menunduk memandang jalan….."tapiiiii….esok kan masih ada!” Ummul Kamelia mengangkat kepalanya dan berteriak kecil. Rasa kecewanya bertukar tempo menjadi riang-ria.. Ummul Kamelia sememangnya pandai memujuk hati sendiri., ye lah, klau bukan diri sendiri sapa lagi nak pujuk kan..kan..Langkah dihayunkan sedikit laju menuju ke perhentian bas, bibir mula memainkan lagu riang. Di kejauhan ada yang sedang memerhati gelagat ala-lala kartun Ummul Kamelia…..

No comments:

Post a Comment