Sunday 25 March 2012

mr.right..^^..chapter 3: memori

 Raziq merenung gambar di skrin laptopnya. Entah kenapa wajah itu bagai memberi satu feeling yang aneh padanya. Raziq sendiri tidak pasti akan perasaannya sendiri..pelik..misteri..kenapa..aku dah normal ke????..kalau benar..memang aku sujud syukur..means doa aku bertahun-tahun dimakbulkan lah..tapi aku tak boleh cepat melatah.. Selalunya feelingnya tidak begini pada setiap kaum hawa, Jauh fikirannya menerawang dan terawang-awang membentuk kepulan awan di atas kepalanya..effect design plak aku nieh.. Otaknya dijana mengimbas kembali peritiwa penghujung semesta yang lepas.
                                                               
…………………………….


“Ziq kau dah abis packing ke?” Tanya Hanan teman sebilik Raziq, sambil tangannya ligat melipat beberapa helai jersey, lantas dimasukkan ke dalam beg packnya.


Sebentar lagi mereka akan bertolak ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, program ilmiah yang menghimpunkan pelajar-pelajar seluruh IPTA di Malaysia..cewahhh!...

 “Dah settled, berkumpul kat padang kawad kan?” Raziq bertanya kepastian..

“Yup”..aku pun dah siap ni, kalau tak ada apa-apa, kita gerak, lagipun aku kena turun awal sikit, nak check list peserta…” Hanan menyarungkan kasutnya, usai memakai kasut, dia berdiri di depan pintu bilik sambil membelek-belek senarai nama peserta, mata Hanan terhenti pada nama salah seorang peserta..Bibirnya mengukir senyuman….

Deringan talifon bimbit Raziq mengalunkan lirik lagu dugaan- Nya oleh Hujan tanda minta dijawab..
“Waalaikumsalam, ya mir…….Kau nak sekarang ke?…….beres..jumpa kat cafe, cepat sikit ek, aku dah nak gerak  jap gi…waalaikumsalam.” Raziq memasukkan talifon bimbitnya ke dalam poket seluarnya.
“Han, kau gerak dulu, aku nak jumpa dengan Amir kejap, aku catch kau kat padang, lagi pun kau kena check list peserta dulu kan.”
oraite, jumpa kat padang”..Hanan mengankat tangannya kea rah Raziq dan mula mengatur langkah…
Raziq mencapai fail hijau di meja, dibukanya dan diambil beberapa helai kertas bersaiz A4, bingkas mencapai pula beg galas, selesai menyarung sport shoes, Raziq mengatur laju langkahnya ke cafe asrama.

Di kejauhan Amir terlihat kelibat Raziq sedang mencarinya, pantas Amir mengankat tangan kepada Raziq, Raziq tersenyum.
  

“Nah, ni paperwork yang kau nak.” beberapa helai kertas A4 bertukar tangan..
“Trimass bro, sory ganggu kau time kau dah nak gerak ni.” Tangan Amir diletakkan ke bahu Raziq..
“Tak ada apalah, tak yah ler kau nak touching kat sini dude..ha ha ha..aku gerak dulu lah ye.”
Okey, thanks again and have a baraqah journey.” Amir mengankat tanganya tanda lambaian..
Syukran bro” Raziq membalas lambaian Amir..


Di sudut kaunter cafe, kelihatan Ummul Kamelia kalut membayar harga makanan yang dibelinya….
“Adik tak ada duit kecik ke”.. kak Azira penjaga kaunter buat muka kesian, stok duit syilingnya kehabisan, nak pergi tukar duit, malas lah pulak….


“Tak ada lah kak,” Ummul Kamelia buat muka lagi kesian, sambil berlakon membelek-belek dompetnya seolah-olah cuba mencari-cari duit syiling.. “akak ni kalau aku tak buat macam ni, memang tak kan dibaginya balanced cepat-cepat, aku dah la kejar masa ni..aduyai.” ngomel Ummul Kamelia..
“betul ke dik, cuba carik betul-betul.” Kak Azira mengankat kepalanya, matanya tajam ditalakan pada purse Ummul Kamelia.
“Betul kakkkkkkk” Ummul Kamelia mengoncang-goncang dompetnya isyarat yang dia memang tak ada duit syiling..hish! nak gak aku luku kepala akak nih..
“Emm,  nampaknya akak nak kena pergi tukar duit jugak ni, adik tunggu kejap ye.” Kak Azira mula mengatur langkah..
“Eh..kak!..kak!, saya nak kejar bas ni, saya ambil balanced tu nanti saya balik sini ye!..ye!”..Ummul Kamelia buat muka kalutnya, lagaknya tak ubah macam cicak terputus ekor, sememangnya itu taktiknya supaya kak Azira akur dengannya..
“Err..adik balik sini?? Bila tu?” kak Azira mengerutkan keningnya.
“Minggu depan kak, saya dah nak kena pergi ni.” Ummul Kamelia mengatur langkah kalutnya.
“Eh! Mana boleh macam tu, nanti akak dah tak ingat, lagipun takut orang lain yang jaga kaunter.”
Ummul Kamelia mengaru-garu tudungnya yang sememangnya tidak gatal, “ala akak ni, aku tengah-tengah rush ni.” Ngomelnya dalam hati… “Okey..okey..  akak nama apa?” Ummul Kamelia buat-buat tanya…
“Azira, kenapa pulak?” kak Azira turut berjangkit mengaru tudungnya yang tidak gatal..
“Okey, cuba kak Azira  tenung muka saya kejap…tenunggggg and okey done! kak Azira mesti ingat muka saya ek, mesti tau..

Ummul Kamelia mengatur langkahnya cepat-cepat, dah lewat benar dah ni, sempat lagi dia berpaling ke arah kak Azira.. “akak! Ingat saya ek!” Ummul Kamelia menjerit kecil sambil mengankat jarinya isyarat peace, sambil terseyum nakal, dek kerana seronok mengenakan kak Azira, tak disedarinya kelibat Raziq yang juga bergegas datang dari arah bertentangan… deshum!! Ummul Kamelia jatuh terduduk, Raziq pula terkebelakang, nasib baik otot kaki Raziq bertindak pantas menyeimbangkan badannya daripada jatuh tergolek..he..he.. leh tahan gak otot aku ni.. “huish! Aku crush dengan balak ke apa, kuat betul!” gerutu Raziq dalam hatinya.
Plastik yang dipengang Ummul Kamelia jawabnya memang selamat berterabur di lantai. nasi sup jatuh terburai, Ummul Kamelia melopong melihat nasib nasi supnya…
“aduyai.. nasi sup aku!”…Ummul Kamelia beralih pandang pada ‘objek’ yang melanggarnya, atau lebih tepat…yang dilanggarnya… matanya bulat memandang Raziq, hatinya mula bermonolog, “aku nak marah ke, cup!..tapi salah aku jugak..reaksi apa aku nak buat ni.. termalu pun satu hal.. better aku bagi pandangan tajam je, sampai mamat ni bagi feedback..okey..okey.. tahan…tahan..wahai sang mata…tahan…Ummul Kamelia membulatkan matanya yang sememangnya  bundar..selalunya taktik Ummul Kamelia yang satu ni memang berkesan menerbitkan perasaan  gerun pihak musuhnya..

“Awak okey?” Raziq serba salah, nak dihulur tangan, syarak membataskan, dan pastinya si gadis itu tidak akan menyambut huluran tangannya melihatkan penampilan si gadis yang bertudung penuh. Dilihatnya plastik berterabur di lantai, Raziq pantas mengutip plastik  yang terburai di sisi Ummul Kamelia..
Ummul Kamelia menarik nafas lega.. Nasib baik budak ni bagi feedback yang menyenangkan..okey, time ni aku dah boleh bangun! Bicara hati Ummul Kamelia yang lagaknya memberi arahan pada dirinya sendiri.
Ummul Kamelia bingkas bangun. Muka dibuat toya.. Raziq menghulurkan plastik yang dikutipnya.. Serba salah jadinya dek kerana reaksi Ummul Kamelia yang mendiamkan diri..
Ummul Kamelia tidak membalas huluran Raziq, nak hulur pe kebendanya! Nasi aku dah terburai, buang dalam tong sampah je lah, dia ingat aku nak makan ke plastik tu, binawe tul lah! Ummul Kamelia menyumpah dalam hati..

Melihatkan Ummul Kamelia yang statik tak memberi reaksi,  Lantas dia menghampiri Ummul Kamelia “err.. awak okey tak ni? Makanan tu  dah tak boleh makan ni, saya beli yang lain boleh.”
 Diam…bunyi cengkerik
“Saya mintak maaf saya tak…”..serba salah jadinya, Raziq menggaru kepala..
it’s okey.” Ummul Kamelia memintas sebelum sempat Raziq menghabiskan ayatnya..

“saya ada kerja ni, dah lewat, tak ada rezeki saya lah tu.” sambung Ummul Kamelia sambil mengambil palstik di tangan Raziq, dan membuang ke dalam tong sampah berdekatan, dia mengigit bibir, sejenak merenung tong sampah mahunya dia menangis disitu, bukan kerana sakit terjatuh..bukan kerana termalu jatuh terduduk…tapi nasi sup yang diidam-idamkan sejak minggu lepas.. hajat hatinya mahu membawa nasi sup sebagai bekalan dalam perjalanan ke Pulau Pinang, ‘semangatnya’ nak makan nasi sup, segala mangkuk, sudu semuanya sudah dipacking siap-siap.

Raziq yang melihat gelagat Ummul Kamelia tergelak dalam hati, lucu, terkilan agaknya, atau lapar sangat minah ni… “errr..” belum sempat Raziq mahu memanggil, Ummul Kamelia sudah pantas melangkah laju….

Raziq senada mengikuti langkah Ummul Kamelia..
“Apahal pulak mamat ni ikut aku! hish!” Ummul Kamelia melajukan lagi langkahnya…
Yang peliknya, Raziq masih senada mengikutinya sama speed pula tu, “Dia ni apahal! nak ikut aku ke?.....atau….” otak Ummul Kamelia mula ligat membuat penaakulan…”atau terlanggar tadiiii..disengajakan..hurk!” Ummul Kamelia membulatkan matanya, ditelan liurnya… “ish! Tak boleh jadi ni!”  Penaakulan yang dirumuskan mula membuahkan perasaan takut di hati Ummul Kamelia…..
Ummul kamelia membetulkan otot kakinya sambil berjalan, kuda-kuda mula dipasang… “Ada jugak yang makan flying kick aku ni! aku dah cakap tak ada apa-apa! mengada-ngada nak tunjuk caring terlebih pulak! Marah Ummul Kamelia dalam hati…

Ummul Kamelia mematikan langkahnya.. dia berpaling pada Raziq…renungan tajam memang kepakarannya, muka ditegangkan.. “excuse me! ni kenapa! kan dah bagi tau tak ada apa-apa! Ikut-ikut ni apahal! Ummul Kamelia mengaraukan suaranya, tips tambahan nak menakutkan pihak musuh..
Raziq berdehem kecil..  boleh tahan lucu, perasan rupanya budak ni..Raziq tergelak di dalam hati.. “saya…” belum sempat Raziq memberi penjelasan, Hanan menghampiri mereka….potong stim tul lah..
“Ziq, cepatlah kau dengan sorang budak perempuan je yang tinggal tak sign lagi attandence ni, kita dah nak gerak ni.”.. Hanan menghulurkan list nama pada Raziq minta ditanda tangan.
Ummul Kamelia kelihatan gigih memikirkan sesuatu..Uik! Terbeliak biji mata Ummul Kamelia.. Dia pun join jugak rupanya! alamak aku nak sorok kat mana muka aku nih! Apa punya lembap lah aku ni! Aah! sepatutnya aku dah terperasan beg pack besar  mamat ni yang ala-ala nak mendaki gunung Everest ..aduyai!malu..malu..tak apa Ummul..tak apa..jangan pandang budak tu..jangan!…
“Ha! Awak Ummul Kamelia Rasyid kan?”
“Ya”..Ummul kemelia menjawab ringkas, mukanya tunduk tak terangkat, kakinya menguis-guis permukaan jalan.. Malu punya pasal…
“Awak sign kat sini and naik bas yang nombor 3 tu, same as you Ziq, sory aku kena naik dengan Encik.Alias, seat tak cukup, ada extra peserta.”… Hanan mengambil kertas dan pen yang dihulur  Ummul Kamelia.
Raziq mengangguk sambil tersenyum…
“Nanti kita jumpa kat USM okey.” Hanan mengatur langkah laju, namun sempat dia berpaling ke dan memandang Ummul Kamelia, cepat-cepat matanya dialihkan kepada Raziq, tangannya dilambaikan.
Raziq membalas lambain Hanan…
 …Diam….bunyi cengkerik lagi…
Dalam hati, Ummul Kamelia mengutuk dirinya..kenapalah aku cepat sangat perasan!
Dalam hati Raziq tergelak..apa punya lucu budak ni..
Naik bas pula, seat ada cukup-cukup dua, Ummul Kamelia mula ngeri.. aku tak nak duduk dengan lelaki! Pantang!!!! Ummul Kamelia menjerit dalam hati..bibirnya diketap, dahinya pula mula menampakkan garis kerut 14..

Raziq yang ralit memandang reaksi Ummul Kamelia seolah-olah dapat membaca monolog dalaman si gadis itu, mana taknya, wajah resah Ummul Kamelia jelas kelihatan..
Raziq berdehem kecil, dia tahu apa yang patut dilakukan saat-saat genting sebegini, mukanya dimaniskan…action!….matanya melilau mencari…lantas dia tersenyum…dia melangkah ke seat belakang.
“err..sory ganggu, nak minta tolong awak duduk kat seat depan dengan saudari yang berdiri depan tu, saya duduk kat sini, boleh kan…” Dengan gentlemannya raziq meminta jasa baik salah seorang pelajar perempuan yang juga duduk bersebelahan dengan pelajar lelaki supaya menukar seatnya. Lega terasa bila pelajar perempuan itu bersetuju untuk menukar seatnya. Malahan menghadiahkan senyuman yang cukup bermakna dan manis pada Raziq..uik! terpesona dengan aku ke minah ni,  sempat lagi Raziq bermonolog dalaman memuji dirinya..

Ummul Kamelia yang memerhati tingkah Raziq mula terasa semacam..sangat..sangat..semacam…………apa aku ni.. cepat-cepat Ummul Kamelia duduk di seatnya.
Gentlemannya mamat ni..hish! memang patut pun dia buat camtu, tak kan aku nak duduk ngan dia pulak…huuuu..nasi sup aku…kruuuuu!...kreuk!..perut Ummul Kamelia mula bergendang memainkan irama rancak minta diisi…
……………………………………………..

Lamunan Raziq terhenti sebaik terdengar pintu biliknya diketuk berkali-kali, dia bangun dari kerusi lantas memulas tombol pintu, Hanan masuk.. “sory Ziq, kunci aku tertinggal, lewat siot tadi.” Hanan tersengih..
“Ala, no hal lah han, tak payah tutup pintu aku nak gi tandas jap…” Raziq menyarungkan selipar jepunnya menuju ke tandas.
Hanan meletakkan beg galas di atas kerusinya, matanya tertacap pada skrin laptop Raziq…
Alia!… kenapa Raziq ada gambar Alia???
Hanan cepat-cepat mengalihkan pandangannya ke arah fail dan berpura-pura membelek-belek fail sejurus Raziq masuk ke bilik….
Kenapa Raziq ada gambar Alia?? Persoalan itu bermain-main di kotak fikirannya…

Malam itu Hanan tak dapat melelapkan matanya, diambil talifon bimbitnya, jam di talifon bimbit sudah menunjukkan ke angka 2 pagi, dia meletakkan kembali talifon bimbitnya di bawah bantal, Raziq sudah lama melayarkan mimpinya, entah apa lah mimpinya, kejap-kejap tergelak kecil… rasa cemburu pula pada Raziq yang lena diulit mimpi, sedangkan dia berkelip-kelip dalam gelap.. Hanan tahu benar apa yang menganggu lenanya, hanya satu perkara… Alia.. “kau memang betul-betul dah lupakan aku Alia.”

Hanan bagaikan kembali ke zaman persekolahannya, zaman yang banyak meninggalkan kenangan buat dirinya,…ingatanya terawang-awang..

Waktu itu dia berada dalam darjah satu… Hanan anak manja ibu.. dia tak malu untuk mengaku waktu itu, berada di bawah ketiak ibunya satu kebahagiaan..teramat… Hanan selalu mengamuk, tak mahu ke sekolah, nak duduk di rumah, tonton kartun dengan ibu.. puas dipujuk ibu dan ayahnya.. meraung dia di depan pintu pagar sekolah, ibunya terpaksa akur menemani Hanan hingga ke kelas dan menunggu Hanan di tepi tingkap sampailah berakhirnya kelas, guru Hanan yang kesian melihat ibu Hanan berdiri begitu, meletakkan kerusi di luar tingkap untuk ibu Hanan……Hanan akan memandang ke tingkap dengan senyuman, ibunya akan membalas kembali dengan senyuman yang paling manis…
Sampailah minggu ketiga begitulah keadaannya…
 ibu Hanan dah naik jenuh, tambahan pula nasihat daripada guru-guru Hanan yang mahukan Hanan lebih berdikari, membuatkan ibu Hanan mengeraskan hatinya untuk menghantar Hanan sekadar di depan pintu pagar sekolah sahaja, apa lagi, bergemalah laungan Hanan.. puas dipujuk……

Dan disinilah segalanya bermula… Seorang budak perempuan berbasikal kebetulan lalu di depan Hanan yang sedang melaungkan jeritannya sambil memeluk pinggang ibunya, budak perempuan itu memberhentikan basikalnya, turun dari basikal lantas meletakkan basikalnya di tepi pagar, lalu menghampiri Hanan dan ibunya, budak perempuan itu merenungnya dengan pandangan mata yang amat..amat menyenangkan, budak perempuan itu menyeluk beg galasnya dan mengeluarkan lollipop, lantas menghulurkan lollipop itu kepada Hanan, Hanan berhenti menangis, dan merenung kembali mata budak perempuan itu, mereka bagaikan berkomunikasi dengan bahasa mata dan perasaan..telepati agaknya…budak perempuan itu mengukir senyuman.. “adik jangan menangis, nah, ambil lah”. Ringkas budak perempuan itu cuba memujukknya.. Hanan menghulurkan tangannya, lollipop itu bertukar tangan… dan tahu-tahu, Hanan melambai ibunya dan  berjalan seiring masuk ke kawasan sekolah dengan budak perempuan yang  menuntun basikal……

Hanan yang sememangnya susah dipujuk namun entah kenapa termakan pula pujukan budak perempuan itu, ibu Hanan juga terkejut, sebelum ini ibu dan ayah Hanan mengumpan pelbagai manisan dan permainan,  tidak pula dipedulikan, namun hanya dengan satu lollipop dan sebaris ayat, Hanan mampu dipujuk..pelik tapi lega.. ibu Hanan melangkah pulang dengan gembira, tidak sabar rasanya hendak diceritakan pada ayah Hanan….

Terlalu banyak memori bersama budak perempuan itu, dialah teman sewaktu di kantin, dia lah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu Hanan menyiapkan kerja rumah memandangkan budak perempuan itu lebih tua 2 tahun darinya,  seperti seorang kakak..ye ke??…hari-hari Hanan di sekolah berlalu dengan ceria sekali, kerana budak perempuan itu…

Sehinggalah Hanan berada dalam darjah tiga dan budak perempuan itu berada dalam darjah lima…
Budak perempuan itu berpindah sekolah tanpa meninggalkan apa-apa pesan kepadanya, Hanan benar-benar bingung, walaupun Hanan baru berumur 9 tahun ketika itu, namun segala tentang budak perempuan itu sangat meninggalkan kesan di hatinya, dan tidak keterlaluan dikatakan budak perempuan itu adalah ‘cinta pertamanya’.. yang sehingga kini tiada penggantinya.. budak perempuan itu meninggalkan pelbagai kenangan buatnya, dia hidup dalam kenangan itu sehingga ke hari ini…

Kenangannya dengan budak perempuan itu tidak terhenti di situ sahaja…
sewaktu dia berada di tingkatan satu, wajah itu kembali bermain di ruang matanya, ketika itu minggu kedua Hanan di sekolah menengahnya, dia datang ke sekolah lewat 15minit, hampir pintu pagar sekolahnya ditutup, namun Hanan sempat masuk..nasib baik… namun…. “bagi nama awak.” Kedengaran suara tegas di depannya. Hanan terlopong…. Wajah ini.. wajah yang sentiasa menghantuinya…wajah yang selalu diigati dalam kotak fikirannya..wajah yang dirinduinya..setiap saat.. tapi.. kenapa wajah ini sudah lain benar..mana hilangnya senyuman yang menyenangkan..wajah ini Nampak penat.. Hanan kelu.. mulutnya bagai digam dengan gam yang paling kuat..gam cap gajah kot..memori lalu bermain kembali di ruang matanya..lollipop.. “adik jangan menangis, nah, ambil lah”…semuanya berputar kembali… 
mata gadis itu merenung tajam Hanan.. “oii..oii, nama!”.. Hanan kembali ke alam realiti dek suara yang meninggi… “saya ke?”.. gadis itu mengerlingkan mata ke atas.. “err..saya Mohammad Hanan..err..”
Hanan mati kata-kata, kalau ikutkan, dalam bertahun-tahun ni banyak yang ingin dibicarakan..banyak soalan yang ingin ditujukan buat insan di depan mata, namun..wordless..speechless..kerana…..kerut di wajah dia..kerana… tiada lagi senyuman yang menyenangkan….kerana……

dari hari itu, diam-diam Hanan memerhatikan gadis itu, Hanan tahu jadual kelasnya, Hanan mengikut dia ke mana sahaja tanpa gadis itu ketahui, Hanan melindungi gadis itu tanpa gadis itu sedar..
ketika hujan lebat, Hanan tinggalkan payung pada basikal gadis itu, ketika tayar basikal gadis itu pancit, Hanan minta orang menolong gadis itu, semuanya Hanan lakukan demi gadis itu…

Hanan selidik lokasi kediaman gadis itu.. Semasa sekolahnya mengadakan delegasi ke Jepun, Hanan memujuk ibunya membayar yuran untuk gadis itu, namun Hanan berpakat dengan ibunya dan gurunya supaya memberitahu gadis itu bahawa gurunya yang baik hati dan berbesar hati menanggung perbelanjaan gadis itu atas alasan gadis itu merupakan wakil pelajar yang banyak berjasa pada pihak sekolah..alasan memang konkrit dan munasabah…pada mulanya gadis itu menolak pelawaan gurunya, namun atas pujukan gurunya gadis itu akur.. sepanjang delegasi itu Hanan mencari peluang untuk berbual dengan gadis itu, namun… Hanan lemah..dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualannya, gadis itu selalu keseorangan, wajahnya sangat sepi, dia kelihatan sunyi… Hanan menganggap dirinya pengecut….mampu memerhati dari jauh..Hanan menyumpah dirinya sendiri………

Dan semuanya berlalu begitu sahaja bila Hanan sekeluarga berhijrah ke United Kingdom mengikut ayahnya yang bertugas sebagai duta Malaysia di England..waktu itu Hanan berumur 16 tahun…walau jauh beribu batu di United Kingdom, Hanan sentiasa mengikuti perkembangan gadis itu melalui guru yang dipercayainya…. sehinggalah gadis itu tamat STPM dan melanjutkan pelajarannya di sebuah IPTA di utara Malaysia, semuanya Hanan tahu.. dan Hanan kembali ke Malaysia dan turut menyambung pelajarannya di universiti yang sama juga, semuanya kerana gadis itu..semuanya kerana dia..

Malah Hanan juga lah yang memastikan Alia turut serta dalam seminar pada penghujung semesta lepas, niatnya mahu mendekati Alia, namun sepanjang seminar itu dia tidak berpeluang mendekatkan diri dengan Alia dek kerana kesibukkan mengendalikan aktiviti dalam seminar itu, memandangkan dia merupakan wakil pelajar untuk universitinya, dan sekarang…hatinya tidak keruan…tidak keruan kerana gambar Alia yang dilihatnya tadi di skrin laptop milik Raziq, dia gusar, setahunya Alia sangat sukar didekati, lagi-lagi kaum adam, memanglah dia terserempak Alia dan Raziq waktu tergesa-gesa mendapatkan kedatangan peserta, namun keduanya kelihatan tidak mengenali antara satu sama lain, dan tak bertegur sapa.. “tapi..mungkin aku terlepas pandang sepanjang seminar tu”…
Hanan kian bingung..namun yang pasti gambar Alia pada laptop Raziq tidak menyenangkannya… Alia….Hanan terlena namun bibirnya menyebut-nyebut nama itu…..




No comments:

Post a Comment