Sunday 25 March 2012

mr.right..^^..chapter 2: sahabat


                    Luqman menghempaskan beg galasnya. Hatinya panas membara. Reaksi muka pula berkerut 14, dikepal-kepalkan jari-jemarinya. Hatinya mula bermonolog, Fazril yang dianggap BFF..apa tu..?? stand for best friend forever lah, ternyata menikamnya dari belakang. 

                    Luqman tahu apa yang terbaik patut dilakukan di ketika ini, untuk menyejukkan amarahnya sendiri, pantas Luqman mencapai beberapa helai baju yang disangkut di sisi almari, lansung mengambil sabun pakaian serta berus, dimasukkannya di dalam baldi, bingkas langkah kaki dihayun ke bilik air. 

                    Luqman memberus bajunya sekuat hati, lagaknya tak ubah orang melepas geram, mahu terkoyak bajunya dek penangan berusan yang di gosok sekuat hati, sememangnya itulah cara Luqman melepaskan perasaan amarah dan sedihnya, kalau dirumahnya pula, habis satu rumah di berusnya, sinki, tandas, lantai…….. penat memberus, dia berhenti..tangannya mula terasa sengal, kakinya pula terasa semut-semut, Luqman melepaskan keluhan, sememangnya dia tidak percaya yang Fazril akan mengkhianatinya, persahabatan yang dibina semenjak minggu suai kenal membolehkan dia mengenali hati budi Fazril yang dianggap sahabat yang setia dan memahami, namun bola matanya tidak akan berdusta, sudah beberapa kali dia terserempak Fazril dan Ummul Kamelia, bercakap bukan main mesra lagi, apa yang dia tahu Ummul Kamelia bukan senang didekati lelaki, dia sedikit hairan melihat Ummul Kamelia tersenyum semasa bercakap dengan Fazril, walaupun senyuman itu tampak natural dan bukan senyuman ayu yang biasa dihadiahkan oleh si gadis pada jejaka yang diminati, namun tetap diragui kerana Ummul Kamelia bukanlah gadis yang senang diajak berbual oleh kaum Adam. 

                    Namun apa yang paling menyakitkan hatinya, bila Fazril tidak berterus-terang, malah berani pula memberi pelbagai alasan yang menutup ‘pertemuan rahsianya’ dengan Ummul Kamelia.. “macamlah aku tak tahu!” Luqman merengus geram “Damn kau Fazril! Best buds lah konon! Aku tak sangka engkau musuh dalam selimut! Gunting dalam lipatan! Lompat tikam! Erk! lompat tikam tu nama sejenis kuih  yang famous kat Kelantan.. Ahh! Whatever!” matanya yang sedia sepet dikecilkan sebelah, dek kerana terpercik air sabun, marah punya pasal.. 

Tahap amarahnya ternyata tidak mudah reda, biarpun sebentar tadi Fazril cuba menahannya dan cuba menjelaskan keadaan sebenar.. baginya apa yang dilihat dengan bola matanya dan penipuan yang direka cipta oleh sahabatnya itu sudah cukup membuktikan Fazril juga cuba untuk menarik hati Ummul Kamelia, padahal Fazril tahu benar akan perasaannya terhadap Ummul Kamelia… ini kerana Fazril lah satu-satunya teman yang mengetahui ‘rahsia besarnya’ pada Ummul Kamelia yang terbuku lama semenjak semesta pertama lagi, seusia dengan persahabatannya dengan Fazril.


Jika dipikir balik, bukannya dia tidak mahu bersikap gentleman, memberanikan diri meluahkan isi hati pada Ummul Kamelia, namun dia bimbang jika salam dihulurkan akan mengubah frekuensi persahabatannya dengan Ummul Kamelia yang memang sedia ‘suam-suam kuku’ tu.. means pernah bercakap sewaktu di semesta satu, tu pun disebabkan dia dan Ummul Kamelia dipilih oleh Fazril  yang merangkap ketua kumpulan untuk menjadi partner bagi menyelesaikan soalan yang ditugaskan oleh pensyarah, waktu itu, gembira bukan kepalang, serasa mahu saja dia menari agoogoo, Fazril memang kawan yang extremely understanding lah..tapi waktu tu lah..hump!


Luqman teringat akan cerita Fazril tentang Ummul Kamelia yang sangat anti dengan lelaki yang mempunyai niat lebih daripada menjadi kawan plus juga tersangatlah anti dengan hubungan couple, malah sikapnya yang over anti pada hubungan couple 'teserlah' sewaktu di bangku sekolah lagi, Luqman percaya dengan omongan Fazril, disebabkan Fazril teman persekolahan Ummul Kamelia, namun menurut Fazril dia tidaklah rapat dengan Ummul Kamelia, memandangkan Ummul Kamelia agak susah untuk berbual-bual dengan bukan kaum sejenisnya, sekadar bercakap perkara yang penting memandangkan mereka berdua merupakan wakil pelajar sewaktu menengah atas, kalau tak, memang confirm tak bercakap langsung..


                    Cerita Fazril lagi, sewaktu di bangku sekolah, pernah juga  seorang pelajar lelaki bertindak berani mati dengan  meluahkan isi hatinya pada Ummul, siap bagi ayat power lagi kononya menyukai Ummul Kamelia for the first sight, reaksi Ummul Kamelia…teharu??...huh! ‘Jauh panggang dari api’, malah dengan selamba menolak salam perkenalan lelaki malang itu, mulutnya pula tak payah ceritalah, boleh tahan juga pedasnya…laju menuturkan ayat menyentap hati yang kalau direnung-renungkan balik ada kebenarannya cuma cara dan gaya penyampaiannya yang agak kasar.. bicara Ummul Kamelia, “ belanja sekolah engkau pun pa and ma kau yang tanggung, ada hati nak couple lak, kau tau tak, couple ni buang masa plus buang duit, sory aku tak suka benda-benda yang sia-sia ni, useless….” Reaksi Lelaki tu...wordless..speechless…..padan muka, ada hati nak 'korat' Ummul aku..ha ha ha..Luqman tersengih menampakkan giginya yang putih tersusun rapi..ala-ala iklan ubat gigi lak....

Dek kerana cerita anti Ummul Kamelia yang ditaburkan oleh Fazril inilah, membuatkan Luqman tekun memerah minda.. “buatnya Ummul Kamelia menyampah dengan aku plus menyumpah seranah aku, adui! Haru aku! sebab tu lah aku still tak buka langkah lagi, tapi si Fazril pulak buka langkah belakang aku, tak boleh percaya punya member…! Luqman melempar berus ke sudut bilik air lantas mengepal jari-jemarinya, ikut kan hati mahu sahaja  dia menumbuk muka Fazril, tapi mengenangkan Fazril terror silat, yang juga merangkap jurulatih silat cekak peringkat universitinya membuatkan Luqman menelan liur sendiri… “Tak apa Fazril! aku akan pastikan Ummul Kamelia tergila-gilakan aku!”  dengan muka yakin Luqman tersengih, otaknya mula berputar laju, neuron-neuronnya mula bercantum, kerut muka yang tadinya bagai kulit buah yang berkeriput bertukar mood kepada senyum awet muda, monolognya bersambung lagi…“pat..pat siku lipat siapa cepat dia dapat bro”..ha!..ha!..sempat lagi tu.. Luqman buat-buat ketawa, namun keresahan hatinya masih terasa, ternyata saingannya bukan sebarang..... 

Taufiq, teman sebilik Luqman, yang sedang memberus gigi, dari tadi memerhatikan tindak tanduk Luqman menggeleng perlahan, sambil memutarkan jari kelinking di kepala… “gila ke apa…”.. Taufiq yang sememangnya tidak sebulu dengan Luqman yang dianggap sombong dan agak baran memang tidak bertegur sapa dengan Luqman, kalau ada pun, sekadar bercakap perkara yang penting sahaja… Taufiq mengerlingkan mata ke atas…..
                                                   ……………………………………

                    “Oitt!! Makcik! Dah pekak ke! Nak tergolek anak tekak aku ni panggil kau!” ..suara Adilah tegang. Bengang dengan gelagat sahabatnya yang buat-buat tuli telinga.
“Aik! Minah ni memang pekak ke, semalam okey je, sah! Telinga tengah sumbat ni”!
pantas jari-jemari Adilah meluku kepala Ummul Kamelia..


Ummul Kamelia memalingkan mukanya kearah Adilah, suara kucing ke apa, sayup-sayup je.. matanya yang bulat menakutkan Adilah..  “Adoi! Abis aku, karang aku pulak yang makan buah luku si Ummul nih”! Monolog dalaman Adilah yang mula kecut perut dengan renungan mata bulat Ummul Kamelia yang bisa  menembusi muka Adilah..malah renungan maut itu jugalah membuatkan ramai kawannya tidak berani mendekati Ummul Kamelia yang dicanang-canangkan sebagai budak brutal plus singa betina...namun Adilah seakan dipukau untuk mendekati dan berkawan dengan si singa betina ni, di sudut hati kecilnya, Adilah tahu, Ummul bukanlah seperti yang dicanang-canangkan oleh rakan-rakannya yang sememangnya mulut becok plus suka buat 'ketupat busuk', aku yang geng lepak diorang pun tak terlepas daripada sasaran umpatan, diorang tu sebenarnya saling umpat-mengumpat, tak kuasa aku nak berlama-lama dengan bebudak tu, tak pasal-pasal lak cuping telinga aku luruh..cehhh! Adilah menyengetkan pinggir bibir atasnya, ala-ala gaya menyampah..


Ummul Kamelia menekan punat off pada MP4nya…Adilah!!! Ummul Kamelia buat-buat reaksi manja… “Engkau dah makan? Kalau kau tak makan lagi, meh aku belanja, jom!..jom!!”
Adilah mengankat kening lantas mengerutkan kedua-dua matanya menunjukkan reaksi hairan berganda.. “pelik benar! Sawan ke apa minah ni, tetiba pulak nak belanja aku, selalu aku yang asyik kena belanja dia, maklumlah minah ni memang banyak tolong aku…” bicara hati Adilah… Sememangnya lain benar sikap Ummul Kamelia hari ini…tertelan racun tikus agaknya..


Lantas laju Adilah menuturkan pertanyaan, daripada berteka-teki baik straight to the point, manalah tahu kot-kot si Ummul ni berlagak baik semacam kerana memerlukan pertolongannya.. “Weiii, kau ni okey ke tak??”
Ummul Kamelia mengerutkan dahinya, teserlah muka garangnya bila keningnya yang lebat bercantum dek kerana kerutan yang dibuat-buat.. “Kenapa pulak kau tanya camtu, tak suka aku belanja ke??”
“Suka tu memang extremely suka, tapi super ganjil kot, bukan apa, kan selalu engkau yang kebas duit aku..” Adilah menjawab serba salah sambil mengankat dua jarinya menunjukkan isyarat peace, bimbang pula Ummul Kamelia terasa dengan jawapannya, atau dia akan jadi sasaran buah luku and backhand si minah gengster ni..


“Tolong sikit ek! aku bukan sebarang kebas tau! tu untuk pengeras servis yang aku offer! engkau tu jangan harap nak belanja aku free..free..taik idung berketul!”..laju langkah diatur ke depan meninggalkan sahabatnya, Ummul Kamelia buat-buat merajuk..

Adoiyai… merajuk pula mak nenek ni. Aku pun satu! dah tahu minah ni mudah sentap, Adilah mengigit jari, cuba memerah otak memujuk sahabatnya.. “oit Ummul! Aku nak CPT boleh..?” Adilah berlari mendapatkan Ummul Kamelia, di pengangnya bahu Ummul Kamelia sambil senyum kambing….dalam hati berdoa moga Ummul Kamelia memberikan reaksi positif, bimbang juga rajuk Ummul Kamelia berpanjangan…..lagi pun dia belum benar-benar arif lagi akan sikap Ummul Kamelia, al-maklumlah hubungan persahabatan yang baru nak berputik......


Ummul Kamelia tergelak dalam hati, lucu melihat gelagat Adilah yang ala-ala muka pucat, hu hu hu, tau takot.. “CPT?? Apa tu? Cincaluk ke..” Ummul Kamelia buat muka toya..
“Banyak lak engkau punya cincaluk! CPT means cendol pulut tapai, best pulun time-time hangat camni, CPT kat cafe Kayu manis tu extremely best..” Adilah senyum sampai ke telinga, selamat! reaksi Ummul Kamelia membuatkan dia senang hati, nampaknya Ummul Kamelia bukan mudah baran seperti diceritakan oleh sahabat-sahabatnya, Adilah mengenali Ummul Kamelia semenjak semesta pertama, di minggu suai kenal, namun hanya sebagai ahli kumpulan dalam aktiviti ice breaking, hanya bercakap sepatah dua, selepas itu mereka tidak bertegur sapa, waktu itu, Adilah agak ragu-ragu bertegur sapa dengan Ummul Kamelia dek kerana cerita-cerita rakan-rakanya yang mengatakan Ummul Kamelia agak sombong dan mudah baran, malah watak dan perwatakan Ummul yang kelihatan agak brutal membantutkan niatnya untuk mendekati Ummul....

Namun mengenali Ummul Kamelia tidaklah brutal plus gengster seperti yang dibayangkan, orangnya baik hati dan sangat mengambil berat, mereka mula rapat semasa semesta 5 ini, dek kerana jadual mereka agak sama, kelas yang sama, group sama, dan salah satu subjek memerlukan mereka menjadi partner berkoloberasi menyiapkan projek yang diberikan pensyarah, rentetan daripada ini lah mereka mula bersahabat baik.

 Ummul Kamelia pula tidak lokek menghulurkan bantuan di saat dia memerlukan pertolongan, demi untuk membalas pertolongan Ummul Kamelia, setiap kalinya Adilah akan senang hati membeli set breakfast kegemaran Ummul, wafer choco plus diiringi milk choco, pehhh! terus diam tak berkata apa si Ummul tu time ngadap breakfast feveret dia tu.. 

Walaupun Ummul berkali-kali menegah dia daripada menghabiskan duit beli breakfast tu, namun Ummul terpaksa menghabiskan juga breakfast yang aku belikan sebab aku tak suka choco, kenapa? sebab banyak kalori kot, tak pasal-pasal jarum penimbang bergerak ke depan lagi, Ummul tu tak pe lah, aktif budaknya, tiap-tiap pagi lepas solat Dhuha terus pegi trek, lari-lari anak kat situ, aku pulak kalau tak de class time tu, pe lagi mengilang taik mata lah, lagi pun duit bagi aku tak jadi masalah, menimbun dalam bank tu, tak tau nak buat apa, papa and mama lak asyik sogok aku dengan kad kredit, cash money, penatlah aku nak perah otak nak menghabiskan duit membukit tu, yang jadi masalah bagi aku, nak cari true friend, plan aku nak ikat si Ummul ni, lagi pun dia ikhlas nak kawan ngan aku, bukan sebab duit aku, tu yang aku suka…Adilah senyum sendiri.

Mengenali Ummul Kamelia merupakan perkara yang terindah dalam semesta ini buat Adilah, super bonus buatnya, memandangkan dia juga tidak mempunyai rakan karib, malah sikap Ummul Kamelia yang  kelakar dan gila-gila selalu membuatnya tidak kering gusi, memang tak menyempat nak boring kalau lepak ngan si Ummul ni,  walaupun terkadang teserlah kenaifan atau lebih senangnya dikatakan ‘betul macam senduk’, clumsy pulak tu.. Adilah ketawa mengekek..


Oiiiii! Engkau mengumpat aku dalam hati ek!.. Ummul Kamelia menjengilkan matanya…
Adilah menutup mulutnya.. “tak adalah! Aku happy sangat sebab ‘bos besar’ nak belanja aku..” Adilah menarik hidung Ummul Kamelia..
Pantas Ummul Kamelia menepis tangan Adilah, mukanya mula kemerahan, riak wajahnya mula bertukar menjadi serius… suasana diam…


Adilah terkejut dengan reaksi Ummul Kamelia, mungkin inilah sikap Ummul Kamelia yang diperkatakan oleh teman-temannya..mudah baran…mungkinkah???... Namun salahnya juga kerana bergurau lebih-lebih dengan orang yang belum dikenalinya seratus peratus…“aku mintak maaf, aku tak tahu kau tak suka aku gurau macam tu, seriously aku tak buat lagi, okey..”


Langkah mereka terhenti, Ummul Kamelia pantas memalingkan mukanya ke arah lain, “Dila… .."Ayah aku… selalu buat macam tu, pull my nose time aku kecik-kecik dulu, to be honest, I want to forget all about him for the some reason, hope you understand..” tone suara Ummul Kamelia kedengaran ada getaran…
Adilah terpaku, dia tahu, suara getaran seperti itu signal seseorang itu menahan sebak, serba salah jadinya, inilah pertama kalinya Ummul Kamelia meluahkan perasaannya, sebelum ini Ummul Kamelia hanya akan ketawa riang dan menuturkan lawak-lawak yang mengelikan hati, dan ini pertama kalinya Ummul Kamelia bercakap tentang keluarganya… 

                                 Adilah sendiri tidak mengetahui dengan terperinci tentang keluarga Ummul Kamelia, dek kerana Ummul Kamelia perahsia orangnya dan susah untuk membuka cerita peribadinya, Adilah pun tidak bertanya banyak memandangkan usia persahabatan mereka baru ‘setahun jagung’, bagi Adilah persahabatan perlu step by step… namun di ketika ini Adilah tidak mahu berfikir panjang, untuk seorang sahabat yang ikhlas membuatkan hari-harinya gembira dan menyeronokkan sepanjang semesta ini,  tidak salah jika dia menenangkan hati rawan sahabatnya seorang ini yang bernama Ummul Kamelia, lantas Adilah memeluk Ummul Kamelia. “must be ‘some reason’ brings lot’s of pain to you, aku janji tak buat lagi macam tu, please cheer up okey”

Ummul Kamelia tersentak dengan pelukan Adilah, dia sememangnya tidak biasa dipeluk sebegitu melainkan ibunya, walaupun kaget namun Ummul Kamelia mengakui terasa tenang dalam pelukan seorang sahabat seperti Adilah, Ummul Kamelia pantas mengesat air matanya yang mengalir juga dek kerana memori lalu yang ingin dilupakan kerana………terlalu menyakitkan…..


Ummul Kamelia merengangkan pelukan Adilah, terasa malu pula menangis sebegitu.. “CPT…jom!!!..” Ummul Kamelia memaniskan mukanya, senyuman dihadiahkan pada Adilah… Adilah membalas senyuman Ummul Kamelia, sambil mengankat tangannya…jom!!!
Kedua-duanya sedar persahabatan mereka makin erat, diam-diam Ummul Kamelia mahupun Adilah menuturkan ayat yang sama “from today, engkaulah sahabat baik aku”, namun suara itu tidak didengar, hanya hati yang bermonolog, kedua-duanya tersenyum, Adilah tahu step persahabatannya maju ke depan..yesss, tak sabar rasanya nak story mory kat mama yang aku dah jumpa true friend, tentunya mama turut happy….lalala..hati Adilah bersiul riang..

No comments:

Post a Comment