Thursday 12 April 2012

mr.right....chapter 5: rindu

Bertemankan kepekatan malam ditaburi sang bintang-bintang, kelihatan sesusuk tubuh khusyuk menghadap Pencipta yang Esa. Ya, aku menangis semahunya di atas sejadah, hanya pada yang Satu tempat aku mengadu, di waktu-waktu begini aku teramat selesa menghadapNya, lagi-lagi sepertiga malam begini amat digalakkan beramal ibadah sunat bagi menampung ibadah wajib aku yang tak seberapa tu..

Usai menunaikan solat tahajud, aku susuli pula solat taubat, biasalah, aku hari-hari buat dosa, sengaja ataupun tidak, hanya Allah swt yang tahu, apa yang aku harapkan dosaku diampunkan dan jika Allah tarik nyawaku saat itu, harapnya aku ditempatkan dalam golongan mereka-mereka yang beriman..layakkah aku??..InsaAllah, sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha penyayang… Solat hajat dua rakaat sudah aku wajibkan atas diriku, ye la, hanya Allah tempat aku meminta dan berharap, dalam sujud terakhir aku berlama begitu, air mata toksah ceritalah laju je mengalir, ketika itu aku tidak tinggal satu pun permintaanku, semuanya dihamburkan bersama air mata, tapi just dalam hatilah, bukannya aku tahu nak mendoakan hajat-hajat tu dalam bahasa Arab, tu ler, time sekolah menengah dulu aku berdegil nak masuk sekolah Agama tapi along pulak ngada-ngada nak aku sekolah menengah kebangsaan ngan dia, alik-alik aku tingakatan satu, dia dah form 5, pastu dapat offer kat UK tinggalkan aku terkontang-kanting kat sekolah kebangsaan kesayangan dia tu, hempeh tol!..cehh..sempat lagi tu ngutuk along, ni lah manusia kan, dalam sembahyang pun leh terlalai..apara! aku mengutuk diri sendiri..

Dan terakhirnya, ku sudahi ibadah sunatku dengan solat witir, iaitu sembahyang penutup…Tak lupa ku selitkan juga zikir, memuji-muji Ilahi.. pelupuk mata ku mula terasa berat semacam, signal nak tido tuh!.. aku bersegera berdoa, buat kesekian kali..kali..kalinya berapa banyak kali da.. air mata aku merembes lagi.. aku memang terlebih toucing time menghadapNya..terasa sayu benar…

Walaupun pelupuk mata aku merayu-rayu minta untuk direhatkan, namun aku gagahi juga untuk benar-benar melengkapkan amalku di pagi yang dingin dan aman itu ditemani bunyi cengkerik bersahutan..aik! ada cengkerik ke di pagi hari camni, cengkerik insomnia ler tu..pandai-pandai je aku ye.. tapi bunyi-bunyian alam yang maha indah tu sedikit terganggu dan tergugat dek kerana extra sound yang dihasilkan oleh roommate kesayanganku.. haish! dengkur ngalahkan kingkong, ni kalau kingkong dengar pun segan terus terjun gaung.. aiseymen terrrrmengumpat lagi! Pantas Ummul Kamelia membuka lampu meja, dia duduk berteleku membaca surah Yassin dan al-Sajjadah. Itulah ubat penenang hati dan jiwa Ummul Kamelia. Ummul Kamelia mencium al-Quran sejurus menghabiskan bacaannya..

Air matanya laju mengalir, dramatic lagi di situ, esok memang ada juga yang pegi kuliah ngan mata ala-ala iguana ney..hatinya tersangat merindui ibu, abang dan….. a..ayah…. kenapa ayah meninggalkan kami??? Persoalan ni memang selalu bermain-main, berlegar-legar dan berbagai ‘ber’ lagi di minda milik Ummul Kamelia..Di saat aku dan along  memerlukan kasih dan sayang seorang insan bergelar bapa, ayah  pergi meninggalkan kami, walaupun aku masih tak matang lagi time tu, dalam sekolah rendah dan lebih specific lagi aku dalam tahun 5 aku ingat lagi tu, ala-ala tayangan pulak (biasalah peristiwa berdarah kan) ayah pergi ke Perancis atas urusan kerja, namun tak pulang pada tarikh yang sepatutnya.. yang paling tak best, ayah  hanya menalifon ibu mengatakan dia tidak akan  pulang dan akan terus menetap di Perancis, apehal! Hujan tak de, ribut tak de..

Malah diikutkan ayah sudah pun bergelar warganegara Perancis secara rasminya, aku ingat lagi ibu menangis saat ayah  menalifonnya, ayah menceraikan ibu, tanpa memberi alasan, tanpa memberi penjelasan(aku cukup anti dengan orang yang tak nak explain atas action yang dia amik, bagi aku orang macam ni just pikir diri sendiri, nak lari daripada masalah without face it and tentunya dayus!!!)… ibu juga banyak mendiamkan diri, bila persolan tentang ayah diajukan.. terakhir Ummul Kamelia melihat ayahnya sewaktu di mahkamah syariah, sewaktu  berjalannya kes penceraian ibu bapanya. mengenai hak penjagaan, ayah memang serahkan pada ibu, just duit yang dihulurkan..Hati Ummul Kamelia hancur luluh, bukan tu je, ranap, patah, putus..etc.. Along toksah citer memang tak tunjuk muka langsung sepanjang perbicaraan berjalan, reasonnya banyak keje kat UK, assignment, exam, test..bla..bla..bukanya Ummul dan ibu tak tau dendam  along pada ayah membara bak api yang dicurahkan minyak.. Jangan disebut ayah depannya, pasti moodnya yang sentiasa terlebih ceria ala-ala kanak-kanak ribena tu bertukar menjadi muram durja tahap majnum.

Jujur Ummul Kamelia buntu.. rindunya pada insan bergelar ayah tidak tertahan, sebenarnya kalau diikutkan dialah yang paling terasa berbanding along kerana dia manja sekali dengan ayah, along pulak memang anak ibu, semua nak ibu buatkan mengalahkan anak dara, Ummul pula lasak orangnya, adventure macam ayah, selalu ayah bawa dia jungle tracking, flaying fox..ni kalau nak list satu-satu maunya amik masa sepurnama…cehh! Statement sastera abes... Ayah…..di ulangnya satu perkataan yang bisa meruntun jiwanya..sebak tak tertahan, cepat-cepat Ummul Kamelia menutup mulutnya, takut menganggu tidur roomatenya yang kalau dianalisa dengan teliti memang tak akan tergangu tidurnya dek kerana gaya tidur yang  jelas mengambarkan kalau ala-ala gempa pun kompem tak bangun..cehhh... Ummul Kamelia terlena di meja bacaannya bersarungkan telekung yang tidak bertanggal…(pehh..suci tu)
……………………………………….

"Aduiiyaiiii!!! Subuh aku!" Ummul Kamelia mengetap bibir, mana taknya subuhnya pada jam 7.45 pagi! Ni Subuh gajah namanya! Najwa roomatenya masih hanyut dibuai mimpi..uihh..tabik lah ni kalau ada rancangan cam game show tido tanpa henti, agaknya konpem juara si Najwa ney..Ummul mengelengkan kepala.. Selesai menunaikan solat subuh cepat-cepat Ummul Kamelia mengejutkan Najwa yang sememangnya liat nak bangun subuh, waktu lain okey pulak! tak faham betul aku dengan budak Najwa ney.. alasannya dia tak boleh stop mimpinya, alasan yang ntah apa-apa! Nonsense!! “wawa..wawa” Ummul kamelia menepuk-nepuk bahu Najwa, hish minah ni! Bergerak pun tak, tapi bibir tu asyik tersenyum-senyum, senyum pulak semacam! miang! Geli-geleman aku, nasib baik kau roommate aku, kalau tak dah lama aku lempar dalam tong sampah kitar semula biar dikitar jadik tv ke peti ais ke bleh jugak berjasa kat aku!

Dah tak larat main tepuk-tepuk ni, mulalah nak main kasar pulak, Ummul Kamelia, mengambil air mineralnya, senyuman bibir senget dipaparkan, tu namanya senyuman nak wakenabeb orang, direnjis-renjis pada wajah teman sebiliknya.. “ala! Ummul!!! Aku tengah mimpi best nih! Potong stim lah!!” Najwa begolek dengan bantal peluknya, dipejam kejap matanya yang dihiasi aksesori ekslusif yang hanya dipakai time tido..apa??..taik mata ler..eee geli-geleman aku! Seguni kot taik mata hasil tido non stop.... aik! Tau pulak aku yang main renjis-renjis..konpius aku minah ni, tido ke sedar, atau separa sedar..misteri tol lah…“oi!oi! banyak lah kau punya stim! Aku steam ko jadi stimbot baru tau! Bangunlah, buang rantai-rantai syaitan tu!”..jeng..jeng..taktik ustazah aku dah muncul, konpem kau bangun punye..he he he..

Seperti yang aku katakan…Najwa bangun mengejut, mulutnya dimuncungkan! “yela! Aku bangun lah ni! kau tu kalau tak bagi ayat sentap tak boleh ke, kejut lah aku baik-baik, aku bangun apa..” Najwa buat-buat merajuk.. eleh! aku tak makan lah rajuk plus ayat touching ko tu!..“cik wawa sayang! Awak tu kalau tak bagi ayat sentap jawabnya bergolek dengan batal bushuk awak tu sampai matahari tegak atas kepala!” Ummul Kamelia buat muka seposen, dah malas nak dipujukknya, subuh dia sendiri dah terlajak, terasa menyesal pula, satu badannya sakit disebabkan tidur di meja, mata pula sembap menangis semalaman..jawabnya memang iguana ler aku ari ni..

Ummul Kamelia bergegas bersiap-siap untuk ke kuliah, hari ini kuliahnya bermula seawal jam 8 pagi, padahal pensyarahnya masuk jam 8.20, kata pensyarahnya jalam jem di pagi hari, memaksa tuan pensyarah masuk lambat.. tapi Ummul Kamelia memang tidak suka lewat ke kelas, bila dia awal dia dapat menyemak semula nota pendek yang dibuat untuk bab yang akan dibincangkan oleh pensyarahnya nanti, itu memang kebiasaan Ummul Kamelia..bajet student cemerlang katakan..first degree idaman hati, tak tau ler tu dapat ke tak..InsaAllah..!!


Ummul Kamelia menyarungkan sport shoesnya, dia memang tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap, 15 minit sudah cukup, memang kalah along..kan ibu selalu cakap along anak dara, aku lak anak teruna..cehh!.. Berlari anak dia menuruni tangga, pantas ke parking lot asrama mendapatkan bas, hampir-hampir bas bergerak tapi uncle yang baik hati menyedari aku yang berlari anak yang ala-ala comel gitu mengejar basnya, pantas uncle memberhentikan bas dengan serta-merta, sempat aku hadiahkan senyuman segaris pada uncle tu sebelum memalingkan muka ke arah lain, memang stail aku yang tak boleh bertentang mata or senyum lama-lama kat orang yang berlainan jantina ney..sampai pernah seniorku abang Fitri berseloroh yang aku ada penunggu..yelah orang tua kata kalau kita tak suka bertentang mata means kita ada benda alah tu..apa-apa aja lah, nak juga aku tampar laju-laju, mulut tak de takaful insurans kot! tapi dia kan senior aku, tambahan, bersentuhan dengan lelaki bukan muhrimkan haram, walaupun berlapik tetap rasakan..kan..kan

kampusnya luas, jarak asrama dan kampusnya agak jauh, jadi pihak universiti menyediakan perkhidmatan bas melalui deal dengan sebuah syarikat pengankutan swasta milik seratus peratus bumiputera melayu, tu yang aku bangga..Ummul Kamelia tersenyum, sport shoesnya berjasa lagi, dia sangat selesa memakai sport shoes, mana taknya dia boleh berlari tanpa ragu-ragu, ha ha.. tambahan pula Ummul Kamelia pernah bergelar olahragawati lari lompat pagar..peringkat sekolah rendah aja, nak jugak kasi tau kan.... senyum Ummul Kamelia mati tiba-tiba, hish! Tang ni lah aku tak suka bila lewat ney! berasak-asak dengan kaum adam dalam bas, selalunya dia awal jadi sentiasa dapat melabuhkan punggung, hari ni tak dapatlah….

Ummul Kamelia kelihatan terhuyung-hayang, dengan buku yang dipegang di tangan agak susah untuk dia menstabilkan diri, tempat berpaut pula dipenuhi tangan-tangan makhluk Tuhan yang bernama lelaki, memang sah Ummul Kamelia tak akan berpaut di situ, rela dia tergolek jatuh, padahal kalau dipikir logiknya, kalau dah dia tergolek terkena gak makhluk Tuhan tu..misteri tol..Nauzubillah! tak nak aku tergolek di sampaing kaum adam ney! dia sendiri tak faham dengan sikap antinya...

Hanan yang turut berada di dalam perut bas, melihat Ummul Kamelia, pehh! Suci betul wajah Alia di pagi hari..senyum..ish! apa aku melalut ney, Hanan mengaru-garu lehernya yang sememangnya tak gatal tu.. Cepat-cepat dia bangun dari tempat duduk, time to show gentleman ma.. “duduklah” ringkas je Hanan mempelawa Ummul Kamelia. Ummul Kamelia yang sememangnya rimas berasak-asak dengan lelaki terus duduk, “thank you” Ummul Kamelia senyum sekilas pada Hanan, Hanan membalas senyuman Ummul Kamelia.. adoii!! senyuman ni terus memanah ke hati..pehhh! metafora punya ayat! ..senyuman Ummul yang sentiasa aku rindui..hati Hanan berkata-kata, gembira bukan kepalang, senyuman itu singgah juga padanya..weiiii dunia!! rasa cam nak senyum je selama sepuluh tahun..happy siot..senyuman Ummul dah macam topup kebahagiaan wat aku..Hanan senyum sendiri sambil tangan sebelahnya  mengaru-garu lagi  lehernya..

Bergegas lagi (selalu je bergegas aku ni kan??) Ummul Kamelia menuruni tangga bas, kaki dihayun pantas tanpa ragu-ragu dek kepercayaan seratus-peratus pada kasut Nikenya, tak terperasan pulak bongkah batu di depan, Ummul hampir terjelopok ke tanah..tapi..ada ‘something’ yang memengang kejap lengannya, wait the second!!! Ummul kemelia pantas berpaling ke belakang…aaaaaaaaaa! Ni yang aku tak nak!! Ummul kamelia menjerit dalam hati! Matanya terjengil, selepas dipastikan dia berdiri stabil Ummul Kamelia cepat-cepat merentap tangannya, tangan Hanan terlepas daripada pergelangan lengan Ummul Kamelia, Ummul Kamelia mempercepatkan langkahnya, Hanan bingung, namun dia tahu, Ummul Kamelia tidak suka akan perlakuannya sekejap tadi, tipikal Ummul! Hanan memang  ‘tersangat’ mengenali Ummul Kamelia, dia memahami Ummul Kamelia lebih daripada memahami dirinya sendiri..pehh! ayat cam best je..

Hanan membuntuti Ummul Kamelia, dia memintas Ummul Kamelia, ayat mula disusun dalam kepala..maybe ni lah masa terbaik dia memulakan perbualan dengan Alia, maybe ni masa yang ditunggu-tunggu..maybe… “sory, alia , saya tak sengaja, saya takut awak jatuh dalam longkang tu..sy..” belum sempat Hanan menghabiskan kata-katanya “wait! Ummul mengankat sebelah tangannya, "Macam mana awak tahu nama saya?” Ummul Kamelia membutangkan matanya pada Hanan, tidak ada sape pun yang pernah memanggilnya Alia selain ayahnya dan……. Tak mungkin….

Hanan mengaru lehernya..Aduiyai! aku ada tersebut nama dia ke, Hanan memerah otaknya mencari alasan yang munasabah lagi kukuh, tadi bukan main lagi kononnya nak bercakap dengan Alia, bila alia bantai sikit dah mengelabah..haish! tipikal Hanan..such a coward! Come on Hanan! Hanan bagi semangat pada diri sendiri..dia mula gugup, bantai aje lah! “err, saya mana tau nama awak, ada ke saya sebut nama awak??” Hanan buat-buat muka yakin..dalam hatinya berdoa moga Ummul Kamelia tidak mengenalinya…ini bukan masanya lagi….tapi tadi memang aku terpikir this is perfect time..urgh!!!

Ummul Kamelia bingung, padahal jelas sekali sebutan ‘Alia’ tu, ibarat dieja-eja dengan mike pulak tu ibarat lah.. sangat clear sebutan A.L.I.A tu.. namun dek kerana alasan lelaki ney, Ummul membuat penaakulan yang mungkin dia tersalah dengar dek kerana terlalu bengang dipengang oleh lelaki sebegitu rupa,..mungkin ke???.. Walaupun dia sedar niat lelaki itu mahu menolongnya namun dia memang tidak menyenangi pertolongan yang datang dari kaum adam, dan tidak melampau jika dikatakan dia lebih rela jatuh ke dalam longkang kontang tu..nasib baik kau kontang wahai si longkang, kalau tak memang aku tak cakap camtu..Ummul Kamelia menyusun langkah meninggalkan Hanan yang terkebi-kebil..dalam hati Hanan bermonolog sendirian.. “Alia, aku mintak maaf, aku terpaksa tipu kau..”..jujurnya dia teramat merindui alia, rindu untuk berbual-bual dan melihat senyumannya…Alia….Hanan melepaskan keluhan kecil, kalau aku ni perempuan dah lama aku menangis kat sini..Hanan melangkah lesu selesu hatinya..









No comments:

Post a Comment