Friday 13 April 2012

mr.right....chapter 7: konflik

Luqman memakirkan Mitshubishi Lancernya di tepi masjid kampus yang tersergam indah selepas melalui proses baik pulih bagi menambahkan keselesaan dan keindahan rumah Allah itu.. hajat hati mahu melunaskan solat zohor sebelum menghadiri kuliah perniagaan antarabangsanya jam 3.00 petang nanti, lagipun alang-alang waktu zohor sudah agak  lama berlalu, tidak baik ditangguhkan lagi.. Luqman mengambil  wudhuk, lantas mengerjakan solat, dia berteleku, berzikir memuji yang Esa, usai berdoa Luqman melipat sejadah, dia menuju ke rak-rak yang menempatkan susunan sejadah-sejadah, sejadah di tangannya diletakkan di rak, baru nak berlalu, matanya menangkap sekujur tubuh pemuda yang kusyuk berdoa, badan pemuda itu  kelihatan terhingut-hingut menahan esak tangisan, lama dipandang pemuda itu, hatinya dihujani rasa kesayuan, pastinya pemuda itu benar-benar khusyuk menghadapNya, amat jarang sekali seorang lelaki menangis sebegitu rupa di masjid pada siang hari yang benderang begini, apalagi terhingut-hingut sebegitu rupa, timbul pula rasa kagumnya, begitu sekali pemuda itu menghadap Ilahi.

 Luqman terasa malu pula pada yang Esa mengenangkan diri yang terlalu banyak melakukan dosa. Tak disedari, lama juga dia mematungkan diri di situ, fikirannya mula melayang mengimbau segala perlakuan tak bermoralnya selama ini yang sesungguhnya menzalimi diri sendiri.. Ya Allah..ampunkanlah dosa-dosaku..Luqman menangis dalam hati..jiwanya diserbu rasa sebak.. Selesai berdoa pemuda itu meraup mukanya untuk beberapa ketika, esakannya terhenti, tak larat lagi nak menangis, hampir beberapa jam dia menangis seperti kanak-kanak, dengan Pencipta memang dia cepat mengalirkan air mata.. Dia melipat sejadah, langkah dihayun perlahan ke rak-rak sejadah, matanya tertancap pada Luqman yang kelihatan mengelamun.. apehal mamat ni, tidur dalam jaga kea pa, mata celik tapi tak bergerak..pelik.. aik!..macam ke..nal..je..reaksi terkejut mula ditunjukkan…man?? Biar betoi! Dia berteka-teki sendiri.. sah! ..“Man.. Luqman kan??” Luqman yang jauh mengelamun terkejut dengan tone suara meninggi yang memecah kesunyian dan kedamaian rumah Allah itu, dipandang pemuda yang berani mengejutkan lamunan jauhnya, kening dikerutkan..  “Man! Aku laa.! Hanan! Tak kan dah tak kenal aku dude!” Hanan senyum keterujaan, matanya bulat memandang Luqman yang masih kelihatan bingung dan pening-pening lalat, dan lagaknya cuba flashback sesuatu.. “Hanan?” Luqman menyebut kembali nama pemuda itu dengan muka tak kenal habis lah,  Hanan mengangguk beria (dah lagak kucing lapar dah aku tengok), Luqman  menundukkan kepala sejenak, kelihatan tekun mengingat sesuatu, gigih menjana memorinya.. 

Luqman mengankat kepalanya, dengan wajah yang bertampal sedikit keseriusan akhirnya dia bersuara,  “sorry bro, wrong person.” Mendatar dan dingin je nadanya, lantas  dia berpaling ke belakang, buat-buat nak melangkah pergi, Hanan terkelip-kelip bingung, mustahil salah orang! Hanan membebel sendiri.. Luqman tersengih senget (biasalah sengih wakenabeb kan), pantas dia berpaling ke depan dan merapati Hanan. dia sedikit melompat dan menyiku kepala Hanan, “damn Kau Han!!!! Lama tak dengar berita!”.. Hanan yang terkejut beruk memenggang kepalanya yang perit dan terasa biul dek penangan siku yang baru singgah di kepalanya, “oi bro? kau nak bunuh aku ke apa! Apa ar main helah smackdown agi!” pecah ketawa mereka!

Menyedari suara mereka yang bergema dalam masjid yang suci dan tingkah yang ala-ala beruk mak yeh, Hanan mengajak Luqman menyambung perbualan mereka di luar.. “weh! Jom..jom  kita cakap kat luar, tak baik kita wat aksi mengkarung dalam masjid ni.”.. Hanan meletakkan tangannya di bahu Luqman, mereka berjalan beriringan, dan kalau dilihat daripada pandangan belakang,  tak ubah seperti kanak-kanak tadika yang beriringan ke kantin, gembira tidak terkira, nasib tak bawak bekal je… mereka duduk di kerusi batu di perkarangan masjid…angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, cuaca juga baik, kelihatan alam juga meraikan pertemuan mereka berdua..pehh..jejak kasih lah plak kan..kan.. Luqman tersenyum, dipandangnya Hanan,  “Han, seriously, tak sangka dapat jumpa kau lagi!”, pandangannya  diredupkan .. Hanan membetulkan duduknya, sandalnya ditanggalkan, kaki di angkat ke kerusi, lantas disilangkan… Hanan memandang ke depan sambil senyum sekilas.. “aku pun.. memang sangat..sangat  tak sangka aku masih lagi berpeluang bernafas… menghirup oksigen yang sama dengan ko dude.”.. mereka terdiam lama… Menyedari topik yang dibualkan mematikan mood mereka, Luqman mengambil langkah yang super bijak dengan memberi ayat pengenalan untuk mengubah topik..  “bro, we drop this subjek k, tak seronok ar.., alang-alang dah jumpa ni, kita enjoy la, jimba-jimbo ke!” Luqman mengacau rambut Hanan yang tersikat rapi walaupun baru menanggalkan kopiahnya, salute ar, rambut bergaya abis!..

“Anyway! aku dah masuk semesta lima, tapi tak tahu pulak kau study sini jugak! What a funny!”.. Luqman menepuk-nepuk belakang Hanan sambil mengahadiahkan senyuman sengetnya(dia memamg senyum camni since zaman sekolah agi, sejak dipuji ramai yang dia nampak hensem bile senyum camtu, teros dia amalkan sampai terlekat hingga ke hari ini, so tak kira sapa, memang senyuman senget itu yang dihadiahkan). “ so kau sem berapa sekarang? course?” Luqman mengangkat kedua-dua keningnya, gigih menunggu jawapan daripada Hanan..
“kampus ni kan luas, aku pulak budak low profile, tak macam ko yang feymes, tapi feymes pon aku tak perasan gak ko bertapa kat sini gak..” Hanan berseloroh sambil ketawa mengekek..suka ler tu leh kuarkan ayat yang cam best kan..kan.. “aku dah masuk sem 3, accounting”, sambung Hanan sambil meletakkan kembali kopiah di kepala.. Luqman mengganguk-angguk tanda info yang disampaikan telah dianalisa dengan baik oleh otaknya..

 Luqman melihat jam di tangan, “Han, seriously, excited siot jumpa kau, but aku ada class jap lagi, kau nak pergi class gak? kau datang pakai pe? kereta? Macam machine gun lak soalan yang diajukan.. sambil menunggu soalannya dijawab satu persatu, Luqman bangun dan mengeluarkan kunci keretanya..
 “Yup, aku pun jap lagi ada class, aku jalan je kot, masjid dengan class aku tak jauh” “ooo..no..no bro, (sambil wat gaya jari berdetik cam jarum jam kul 12 malam) ari ni special right, our reunion, jom aku hantarkan.” Luqman menarik lengan Hanan.. Hanan bangun mengikut..
“bak sini fon number ko.” Luqman menyiku Hanan.. “nak ke, bak dua hinggit”.. Hanan mengankat telapak tangannya..
“dah lama ke kau buat kerja camni bro”.. ketawa mereka pecah lagi..
Luqman menonyoh-nonyoh kepala Hanan.. matahari bersinar cemerlang…
………………………………………………………………..


Fazril tekun menaip apa yang patut untuk assignmentnya , jari-jemari laju menari-nari di atas papan keyboard. gerakan jarinya mati sejenak..cehhh baru nak laju menaip, diganggu lak oleh ketidaktenteraman hatinya.. dia melepaskan keluhan kecil, lantas menekan pelipis dengan ibu jarinya.. Dipandang screen saver laptopnya yang memainkan gambar-gambarnya bersama-sama Luqman dan teman-teman yang lain sejurus laptopnya tidak disentuh selama lima minit (peh..biasalah teknologi era sekarang kan, dah tak payar bazir beli frame gambar, dah tak payah nak cuci gambar, simpan je dalam laptop)...
Man…tanpa disedari nama itu meniti di bibirnya,  dia menongkat dagu, fikiran terasa sangat-sangat berserabut lagi menyerabutkan dah macam akar serabut pun ada…tidak tahu lagi bagaimana harus memujuk sahabatnya yang seorang tu dahla degil, tak mahu dengar explanation orang, suka pulak buat penaakulan sendiri..adoiiiyai.. Fazril menggosok kasar kepalanya..arghh!!tension siot..mana tak tension, teman lepak, teman sekepala dah menjauh hanya kerana salah faham..hurm…

Luqman yang sememangnya kepala batu tu memang susah nak dileburkan amarahnya, berapalah agaknya takat lebur amarah budak tu..hish! nasib baik member kamceng, kalau tak dah lama aku bakor..hish! tidak dinafikan rindu pula pada sahabat baiknya.. Fazril mengambil talifon bimbitnya, ditekan-tekan beberapa nombor yang memang sudah acap kali didailnya..tut..tut.. masih tak berjawab…. “this is voice mail massage….bla..bla..” pesanan voice mail menandakan orang yang dihubungi tidak memberi respond pada panggilannya..
Fazril melepaskan keluhan, kau memang head stone man!… dia meletakkan talifon bimbit di atas meja, meraup muka dengan kedua belah tangannya.. 
kali ini Fazril bertekad mahu bersemuka dengan Luqman, biarpun sebelum ini dia memang cuba bersemuka dengan Luqman, namun Luqman asyik mengelak dari berjumpanya, malah pernah juga dia menahan Luqman minggu lepas namun Luqman berlalu begitu sahaja, tercabar jugak lah ego kelakian kan, ikutkan darah muda ni nak jugak bagi penumbuk barang sebijik dua

Kali ni Fazril harus bertegas, kebenaran harus dirungkaikan, dia tidak mahu persahabatan yang dibina runtuh begitu sahaja, dia juga sedar Luqman memang ikhlas bersahabat dengannya dia dah cukup kenal hati budi head stone tu.. Ya! dia harus berjumpa dengan Luqman dan harus membuatkan Luqman mendengar penjelasannya. Biarlah Luqman mahu membelasahnya, dia tidak peduli, asal Luqman sedia mendengar ceritanya..cerita yang sepatutnya ingin dirahsiakan daripada sesiapa pun.. cerita yang memedihkan tangkai jantung, hati, hempedu, dan segala organ dalamannya..  Ya Allah, kuatkanlah hati hambamu ni, jika hanya dengan menceritakan segala-galanya daripada A to Z dapat menyelamatkan persahabatan ini, aku rela! Walaupun nak mengingat kisah pilu tu dah macam kena tusuk sembilu, apalagi nak diceritakan kat orang, alamatnya ditusuk tombaklah..  

Fazril tidak sanggup lagi orang bermasam muka dan mendendaminya, lagi-lagi orang itu sahabat baiknya, bahkan dalam Islam pun perbalahan dua saudara Islam ditegah.. Fazril tekad.. dia bersiap-siap..
…………………………………………….

Hanan membelek buku-buku Luqman yang tersusun rapi di meja belajar, diletak kembali buku itu seperti sedia tadi.. dia melihat sekeliling, Luqman memang tak berubah, perfectionist guy! Semuanya tersusun rapi, debu memang tak ada, fuhh! Kagum! Perempuan pun tak sebersih macam mamat ni!..Hanan tersengih..
bunyi pintu diketuk dari luar, mematikan monolog dalaman Hanan, dia membuka pintu.. “asalamualaikum, err..Luqman ada?”..
“dia..” belum sempat Hanan membalas soalan yang diajukan, Luqman yang baru keluar dari bilik air mendekati mereka..
melihat Fazril tegak di depan biliknya macam tugu Negara dah aku nengok, cepat-cepat Luqman melarikan pandangan matanya ke arah dinding.. 
huh! Act Like a budak hingusan ler member aku ni! Bicara Fazril dalam hati melihat reaksi Luqman…
“man! Kau ada masa?” Tanya Fazril dengan nada super mengharap..
“aku busy, Han, tunggu aku bersiap jap”..jawab Luqman dengan nada mendatar.. 
Hanan sekadar mengangguk,  Hanan dapat menghidu ketegangan diantara dua makhluk Allah di depannya, teragak-agak pula Hanan jadinya..

Luqman masuk ke biliknya, Fazril turut mengekor Luqman masuk, “man! Please!” Fazril meletakkan tangannya di bahu Luqman, berharap Luqman menerima pelawaannya untuk berbincang.. 
Luqman pantas merentap tangan Fazril
..suasana diam barang seminit dua, agak dramatic di situ.. 


Hanan kebingungan melihat suasana tengang.. aish! Cam ada gaya nak bertumbuk je dua orang ni, tak kan aku jadi pengadil kot! Bicara hati Hanan yang mula bimbang melihat aksi drama tak berpengarah di depan matanya, tidak senang duduk jadinya, namun dia melabuhkan juga punggungnya pada kerusi milik roommate Luqman walaupun tidak dipelawa, gasak lah, roommate Luqman pun bukannya ada, lagipun drama dua orang ni ala-ala lama jugak nak abis, naik krem kakinya berdiri dari tadi

Luqman pula tiba-tiba terbit rasa bersalah memperlakukan Fazril seperti itu, dia sendiri tidak sangka tangannya automatik menepis tangan sahabatnya yang kelihatan ikhlas ingin menjelaskan perkara sebenar, dia menyumpah tangannya yang langsung tidak bersalah..
Luqman juga tidak memahami perasaanya,  mungkin dirasuk amarah yang mendidih dan keegoan yang seluas litar sepang..mungkin.. ..
…diam…cengkerik berbunyi…
           
“man. Dengar penjelasan aku..please.. aku  mintak sangat..” Fazril memujuk dengan lembut.. api lawannya air, itu ayat favorite abah..ayah angkatnya..ilmu ni di turunkan..(pehh) ketika Fazril meluahkan rasa tidak puas hatinya pada abah tentang rakan sebayanya yang sentiasa cuba mencari gaduh dengannya, mereka  jealous dengan ‘kesempurnaan’ Fazril yang feymes di sekolah menengahnya, buat kali ke berapa, Fazril cuba mengaplikasikan pendekatan abah ini..

“Damn! Ko tipu aku hidup-hidup! Kenapa ko tak nak mengaku ko jumpa ‘dia’ setiap kali aku Tanya! Aku Nampak ril! Aku saja nak test kau je time aku buat-buat tanye ari tu! Aku tak akan marah and aku tak kan halang kalau ko pun suka dia! We can compete in fair way, like men to men!..” suara nada meninggi Luqman memecah kesunyian, dah memang tak leh nak tahan-tahan lagi api kemarahannya, Hanan yang terkebil-kebil menjadi mangsa keadaan tak dipedulikan, hari ni semua kena disettlekan (pehhh cam dalam citer gangster lak kan..kan)..

Hanan kian aktif memasang telinga, perasaan ingin tahu membuak-buak ney, konflik apa yang melanda Luqman ni..tegang semacam je..
Find… okey, Aku mengaku aku tipu kau tapi of course with some reason man..” Fazril memujuk halus.. dalam hatinya berdoa moga Luqman mahu mendengar alasannya yang memang kukuh bak konkrit yang tak akan runtuh walau di bom nuclear, atom segala.. “reason! Apa! Reason yang kau pun falling in her! Right!” Luqman menekankan perkataan falling, tone suara tak usah cerita  semacam guruh (dah tak control maco dah)..

Fazril menarik nafas dalam-dalam, ko tak tau man, sakit aku nak explain ni wehh!, tapi tak pe ar demi ko kan.. dia membutangkan matanya pada Luqman.. 
“Ummul Kamelia tu adik aku lah!” Fazril tidak dapat menahan sabarnya, merah padam mukanya, lastly rahsia besar terbongkar juga.. dia terpaksa dek kerana segala pujukan lembutnya dibalas bertubi-tubi dengan jerkahan Luqman bak machine gun, meriam segala! buleh tahan gak mulut bos besar ni, kalau dapat lempang ni best, tapi kan lain pulak jadinya, tak ada yang nak mintak maaf, peristiwa berdarah pula, tak pasal-pasal kampus mereka masuk metro, pelajar berbunuhan..uik! simpang 14..nauzubillah..

Fazril  tidak hirau lagi untuk menyimpan lebih lama rahsia ini daripada pengetahuan sahabat baiknya, bila difikir balik, Luqman juga patut diberitahu kebenaran kerana Luqman juga menceritakan perihal keluarganya, malah meminta khidmat nasihat tak bertauliahnya dan pendapatnya dalam menghadapi konflik hidupnya..
dia juga tidak mahu Luqman mendera jiwa sendiri hanya kerana salah faham.. dia tahu Luqman baik orangya, namun mungkin dek kerana Luqman merasa dirinya dikhianati, menjadikan dia baran sebegitu..

she’s my sister Man.”.. Fazril mengulangi ayatnya sekali lagi namun kali ini nadanya lebih lembut..
Hanan terasa nak pitam yang ala-ala terkena renjatan elektrik mendengarkan nama Ummul Kamelia yang rupa-rupanya menjadi subjek utama antara Luqman dan Fazril..
Ya Allah!.. benar ke Ummul Kamelia yang dimaksudkan mereka adalah Alia..
Hanan lemah.. 
Luqman pula  terkejut beruk (beruk pun tak terkejut camtu)
what!”… Luqman tahu ayat yang keluar dari bibir Fazril seminit tadi bukan dusta tapi benar, dia kenal Fazril, Fazril tak akan menipu sebegitu rupa…
Luqman terduduk di birai katilnya.. “why??” (macam orang bodoh lak kan tanye camtu kan..kan) mata Luqman tepat memandang pada anak mata Fazril meminta penjelasan..

Fazril lega, akhirnya Luqman mahu mendengar penjelasannya, namun dirinya sendiri.. akan terluka bila sejarah diputar kembali..
Fazril tak peduli lagi tentang perasaannya..
Penat dan susah sekali  untuk sampai ke stage meraih pendengaran Luqman , tinggal tunggu cerita selanjutnya sahaja, dan InsaAllah Luqman akan berbaik semula dengannya….harap kali ini takat lebur Luqman betul-betul lebur..


Hanan benar-benar berharap Ummul Kamelia bukan Alia, jika Alialah yang dimaksudkan oleh mereka, pasti Hanan akan terluka lagi.. 
Fazril duduk di sisi birai katil bersebelahan Luqman, perit terasa tapak kaki, lagipun posisi duduk lebih baik untuk menceritakan kisah yang berjela-jela bak drama venezuala yang beratus-ratus episode, naik tension juga kalau dia menonton drama Amerika Latin tu, ada-ada aja konflik baru, tak abis-abis, sampai dia naik boring, sudahnya dia tak tonton langsung… 

Fazril memulakan bicaranya.. “aku dan Ummul adik beradik, tapi lain mak….” Fazril berhenti mengambil nafas..(cerita berjela-jela ni kena warm-up luh)..
“aku anak yang tak diigini ayah man, dah nasib aku.. ayah aku terpaksa kawin dengan ibu atas kehendak datuk aku,  padahal ayah aku berhajat nak kawin dengan mak Ummul, then  lepas ibu meninggal kerana komplikasi melahirkan aku, ayah aku tinggalkan aku pada abah, ayah angkat aku merangkap abang ayah, kiranya pak sedara aku lah..” Fazril cuba memudahkan penjelasannya dek kerana muka ala-ala blur yang ditunjuk membernya..  

“Memang aku tak tahu apa-apa..seriously zero.. aku membesar dengan menganggap abah dan ummi ibu bapa kandung aku… Fazril berhenti, dia menahan sebak, tidak mahu Luqman melihatnya air matanya..mahal kot! lelaki katakan kena act macho walau sedih sekalipun..

Melihatkan gaya Fazril yang ala-ala sebak di dada tu, Luqman memainkan peranan meletakkan tangannya di bahu Fazril cuba menenangkan Fazril, tidak disangka sahabatnya yang kelihatan riang dan bersahaja mempunyai masalah yang rumit sebegitu..
Mereka berdua bagai tidak menyedari kehadiran Hanan yang memang tak tau nak pikir apa dah, dah blur benar mamat tu..

Fazril menyambung lagi.. 
“Cuti sem lepas ayah datang rumah, so, dari situ lah aku tahu semuanya,  ayah dating  rumah aku sebab nak tinggalkan pesan dan wasiat, pesan supaya aku, abah dan ummi tengok-tengokkan family dia ayah aku ada leukemia, dah lama dia fight,itu kata dia lah, sekarang dia ada kat Perancis, katanya mahu hembus nafas kat situ, and mahu kami rahsiakan segala-galanya daripada pengetahuan family dia,  aku betul-betul tak faham, and abslotuly  out of sense kan?.. Memanglah  aku otak jugak  kejap, tapi bila pikir balik dengan keadaan ayah, aku terpaksa menurut. Aku, abah dan ummi pergi rumah Ummul, kami makin rapat, dan mereka just tahu aku anak Ummi dan abah, means cousin Ummul..”
“So here, aku just menjaga adik aku sendiri..aku tak bermaksud nak rahsiakan daripada kau Man, tapi susah aku nak explainfirst aku pikir there are few things that people just wanna keep it to themselves…  lagipun complicated to explain, it’s to personal, melibatkan kisah and maruah keluarga aku..so sebab tu aku diamkan dulu”
… diam…
Luqman mati kata…wordless..speechless..tapi dalam hati..member kamceng aku is bakal abang ipar aku..pehhh cam best je kan..kan..kan

Fazril bangun, dia tidak boleh lama di situ takut nanti empangan yang ditahan terpecah pula, malu kalau lelaki tangkap leleh ni kan…
“Man.. hope kau maafkan aku sebab tipu kau, aku tak leh paksa kau terima alasan aku, but aku harap kite buddy balik macam dolu-dolu” sempat lagi Fazril membuat lawak menutup sedihnya..
Luqman bangun, bahu Fazril diraih mengejut.. “kita kawan sampai mati!” fuhh ayat berbisa habis..dia terharu sangat atas kesudian Fazril berkongsi rahsia besar keluarganya..
“aku mintak sory gak cuz asyik membedil kau tak tentu pasal, even kalau aku kat tempat kau pan akan act same way, dannnn…., trimas sebab kau ceritakan semua ni pada aku, and percaya pada aku, tak putus asa nak explain pada aku, aku pulak tetiba rasa malu, sebab berperangai cam bebudak kan..”
 Luqman menunduk, dalam hati rasa nak menangis mengingat cerita menyayat hati Fazril, kalau perempuan dah lama nangis berpelukkan ni, tapi lelaki kena stedy beb… 
“So apa kata aku belanja kauu ….” Tak sempat menghabiskan ayat, Luqman tiba-tiba teringat pada Hanan, Luqman dan Fazril memandang Hanan, Hanan menjunkit bahu, dan mengerakkan jari kelingkingnya pada mulut isyarat mengunci mulut..” “he’s my bau-bau bacang sebelah ummi aku, Hanan..trust him, dia baek..” Luqman meyakinkan Fazril..

Fazril tersenyum menghulurkan tangan bersalam, mereka berbalas senyuman.. “sory bro dera telinga ko sekali dengaq cite sentap aku..haru!” Fazril buat-buat garu kepala..
“Takpa la, lagi pun telinga aku ni sound trouble”..ketawa mereka bertiga pecah..
“Jom! Aku belanja korang berdua makan!” Luqman memengang bahu Fazril dan Hanan.. Let’s go dude.. jawab Hanan..
Dalam hati Fazril memanjatkan kesyukuran pada ilahi kerana memakbulkan doanya untuk berbaik semula dengan Luqman malah dapat bonus, sahabat baru…
Fazril tersenyum sendiri…..
Di sebalik kegembiraan dua sahabat itu, ada hati yang terluka..


No comments:

Post a Comment