Thursday 12 April 2012

mr.right....chapter 6: hilang

Aku melihat jam di tangan.. hurm..sudah pun 12.45 tengah hari, Ummul Kamelia menongkat dagu memandang langit, hari ini panasnya tidaklah seterik mana, awan pula terlihat cantik pelbagai bentuk, aku memang fantik ngan awan, kebanyakkan foto nature yang aku snap is kepulan sang awan..sangat cantik.. dia mengangkat jari telunjuknya, seolah-olah melakar bentuk-bentuk awan itu..

Jika sesapa yang mahu melihat pemandangan indah kampusku, pasti aku jawab di paras 6 Bangunan falkulti Sains D adalah yang terbaik, superb kot! setakat ni aku sorang yang tahu port ni, buktinya, memang tak de orang yang lepak kat sini, melainkan aku..bangga jugak lah kan..kan.. Ummul Kamelia mengimbas kembali saat pertama kali dia menyedari daripada sudut atas ini lah dia dapat memerhatikan ‘seseorang’..  ‘seseorang’ itulah yang sentiasa dinantikannya setiap hari Ahad dan rabu, merangkap hari ini, sekitar jam 12.30 tengah hari…pehhh siap dengan hari, masa segala, nasib baik tak list tarikh..

Flashback bermain-main..putarrrrrrr……Pada hari tu, cuaca redup.. kelas puan Afina kesayangan  pula dibatalkan, Ummul Kamelia berkira-kira samada mahu pulang ke asrama atau lepak di kampus memandangkan pada jam 2.00 petang dia perlu menghadiri kelas Organisasi Antarabangsa pula(ni satu lagi kelas feveret aku, kelas yang banyak menambah informasi aku, plus lecturer encik Afiq yang pemurah ilmu, bukan setakat mengajar apa yang terpampang kat silibus je malah dengan senang hatinya berkongsi pengalaman, sharing is caring, tu ler tagline beliau, aku tol-tol respek beliau, encik Afiq di carta kedua feveret lecturer aku, but still Puan Afina number 1 lorh!) jadi dia memilih untuk menyiapkan paperworknya di tempat lepak kegemaran, lantas dia mendaki bangunan fakulti D sains untuk kesekian kalinya..

Setelah penat menghadap paperworknya, dia bangun menghadap balkoni, mengeliat, membetulkan segala urat-urat yang mula terasa menerik dek kerana duduk bersila terlalu lama, tengah duk gigih membetulkan urat, tiba-tiba pandangan matanya mati pada sekujur tubuh yang sedang berjalan, amboih! Panjangnya langkah, kompem tinggi mamat nieh! Tiba-tiba Ummul Kamelia membulatkan matanya, sah! Tang tu jugak Ummul Kamelia merasakan jantungnya berdegup kencang, apa aku ni! Bertambah kencang jantungnya bila pemilik sekujur badan itu mendongak ke atas memandang ke arahnya, aik! Cam tau-tau je ada orang kat atas ni.. cepat-cepat Ummul Kamelia terduduk menyorok di sebalik balkoni.. dia perasan ke! Tak kanlah, balkoni ni tinggi, sure mamat tu tak perasan, Ummul Kamelia menyedapkan hati sendiri.. waktu itu tidak terlintas lagi di fikiran Ummul Kamelia untuk menjalankan sesi ‘menoropong’ mamat tu dari sudut atas balkoni, ye la baru sekali terpandang, maybe kebetulan time tu dia lalu kat situ..maybe ler kan..kan..tak terniat pun tau..he he he

Kali kedua Ummul Kamelia terlihat lagi mamat tu sewaktu ke balkoni  disebabkan Puan Afina menghabiskan kelasnya awal kerana perlu menghadiri mensyuarat..pehh! panjang lebar reasonnya.. sewaktu terlihat sekali lagi mamat tu, otak Ummul Kamelia mula menerbitkan penaakulan dan persamaan linear, otaknya mula dijana..kuantitatif dan kualitatif diadun untuk membentuk sebuah jawaban, waktu dan hari dipastikan, agakan Ummul Kamelia tepat apabila mamat tu akan melalui jalan keluar daripada bangunan bertentangan, pada waktu yang sama dan dua hari yang mempunyai jadual yang sama (means kat sini Ahad dan rabu di kampus aku guna jadual yang sama, rasanya kat kampus lain camtu gak kan..kan..kan) maka bermulalah aktiviti tambahan yang tak bertauliah, stalk ‘dia’ dari jauh, itu dah memadai bagi Ummul Kamelia, walaupun Ummul Kamelia sedar hatinya memang sudah terpaut pada mamat tu since di seminar  pada semesta yang lepas lagi, namun Ummul Kamelia tidak akan sekali-kali mendekati mamat tu, dia tahu batas-batas agama, lagipun mendekati lelaki bukan gaya Ummul Kamelia yang digelar ‘stone lady’ sempat lagi Ummul Kamelia mendabik dada…ingatan berputar hanya di situ..

Ummul Kamelia tersengih sendiri.. namun akhir-akhir ini dia agak hairan kerana sudah 3 kali mamat  tu tidak keluar daripada bangunan bertentangan, tak pergi kelas ke? Sakit ke? Hish! Kenapalah aku fikir lebih-lebih ni! Astgfirullah, Ummul Kamelia mengucap panjang, terasa berdosa pula berfikir tentang lelaki yang bukan muhrimnya, barulah dia menyedari dia melakukan kerja yang sia-sia, benarlah cinta itu buta, Ummul Kamelia yang bijak menggunakan masa dengan aktiviti berfaedah dan memberi manfaat pada dirinya sudah pandai ‘membuang masanya’ ‘good to you Ummul!’, Ummul Kamelia menyindir sinis diri sendiri, sambil tangannya meluku kepala sendiri yang menghasilkan bunyi beradoi..

Pantas Ummul Kamelia menghayun langkah dan menuruni anak tangga, tak mahu berada di situ lebih lama, tak mahu perasaanya didera rasa berdosa membuang masa sebegitu.. Sampai di anak tangga terakhir kaki Ummul Kamelia tidak seimbang dek kerana menuruni tangga dengan cepat, langsung Ummul Kamelia terjelopok di atas lantai, Ya Allah! Aduiiiyai, Ummul Kamelia mengaduh kecil, masuk ini dah berapa kali Ummul Kamelia terjelopak di lantai, dalam biliknya sendiri dah berapa kali, clumsy katakan.... begnya yang lupa dizip memuntahkan isinya(dahla clumsy, nyanyuk pula, cukup pakej, hurm, wang hantaran sikit ler jawabnya)..sempat lagi tu buat lawak kat diri-sendiri.. cepat-cepat Ummul Kamelia mengutip barang-barangnya dan dimasukkan kembali ke dalam beg semula, Ummul Kamelia bangun perlahan-lahan, terasa sengal-sengal kakinya, matanya melilau melihat sekeliling, tak ada orang! Selamat! Kalau tak malu aku! Ummul Kamelia menghayun langkahnya ke penghentian bas, tak disedari talifon bimbitnya yang jatuh terperosok di bawah tangga.

kelibat seseorang merapati tangga yang sekejap cuma dilalui Ummul Kamelia tadi, orang itu  mengambil talifon bimbit Ummul Kamelia yang terperosok dibawah tangga…
…………………………………………………

Selesai solat asar, Ummul Kamelia mencapai begnya, niat di hati mahu menelifon ibu untuk bertanya khabar, rindu.. Ummul Kamelia buat muka pelik, aik! mana perginya fon aku ni, puas dia membelek-belek beg, namun talifon bimbitnya tak dijumpai, tidak puas hati Ummul Kamelia menonggengkan begnya, mengeluarkan segala isi dalam begnya, talifon bimbitnya tak juga kelihatan.. Ummul Kamelia mengigit bibir,  “Wawa! Talifon bimbit aku hilang!” Ummul Kamelia menjerit kecil, mukanya pucat, kalau ditoreh pun konpem tak berdarah ni , digoncang-goncangkan bahu teman sebiliknya.. Wawa yang melihat reaksi ala-ala pucat nak nangis Ummul mula act like matang..“cool dulu! Kita try miscall okey.” Najwa mencapai talifon bimbitnya, di tekan beberapa nombor, mereka memasang telinga, namun tiada bunyi yang kedengaran, Ummul Kamelia kelihatan benar-benar ingin menangis..

“kau tak silent kan fon?” Najwa bertanya kepastian. Ummul Kamelia menggeleng… “wawa, handphone tu, abang aku yang bagi.” Mata Ummul Kamelia lastly bergenang juga dek manic-manik halus, Najwa mula panik, mana taknya Ummul Kamelia tidak pernah mengalirkan air mata di depannya, setau dia Ummul type yang tak suka touching-touching ni, berlainan dengan dia, merajuk dengan pakwe pun menangis tak berlagu.. Time dia tidur ada juga dia terperasan Ummul Kamelia teresak-esak, namun dia buat-buat tidur kerana dia tahu Ummul Kamelia tidak akan selesa kalau tahu dia perasan..

Najwa berfikir apa yang patut dibuat, nak dipujuk..?? pujuk macam mana?? Aku tak pandai pujuk orang..haru! orang pujuk aku adalah.. Najwa duduk di birai katil Ummul Kamelia, dipenggang bahu Ummul Kamelia, “Sabar k, kita cuba cari.” Lembut suara Najwa memujuk.. Melihat Ummul Kamelia hanya menunduk, esakkannya sudah tidak kedengaran,  Najwa pula terasa ingin menangis, dia memang sedikit sensitif, Najwa menundukkan sedikit kepala, dia cuba memujuk lagi, rilex k, kita gi cari kat tempat kau pergi hari ni, kalau nak sekarang gak aku pergi bersiap
…diam….
Najwa bimbang pula melihat Ummul Kamelia menunduk diam seribu bahasa, Najwa menundukkan lagi kepalanya cuba melihat wajah Ummul kamelia, Ummul Kamelia menggankat kepalanya secara tiba-tiba..deshum! tanpa sempat dielak, kepala Ummul Kamelia berlaga dengan muka Najwa.. Najwa memangang hidungnya! “Ya Allah! Ummul kau ni batu ke manusia!” Najwa menahan perit hidungnya nasib tak berdarah, kalau tak disamannya Ummul Kamelia, buatnya hidung dia patah, lari lah pakwe pujaan hatinya.. Ummul Kamelia tersenyum berbunga sambil mengankat jarinya isyarat peace, dengan muka tak bersalah pulak tu, and seolah kepalanya tidak terasa apa-apa, dasar kepala batu! Ngomel Najwa dalam hati, nak diluah takut temannya terasa..setau dia, ramai kawan yang melabel Ummul ni cepat sentap, sejauhmana sentapnya tidak pula ketahuan sebab dia tidak pernah menyentap Ummul..apa aku melalut ney! Mungkin disebabkan crush tadi membuatkan otak aku dah tak betul..dan-dan pulak kan hidung ada kaitan dengan otak..apala aku ney..Najwa mengaru kepala sambil tangan sebelahnya memengang hidung..dah macam badut sarkas gayanya..

            “Wawa! Tadi beg aku terburai kat tangga bangunan falkulti sains, aku sure fon aku jatuh kat situ, dengan pantas dan tanpa ragu-ragunya, Ummul Kamelia menyarungkan seluar slack hitam, bluas berlengan panjang dan tudung hitam yang dikacing penuh,  Najwa terlopong memandang Ummul Kamelia yang juara bersiap, cepat betul! Kagum! “aku pergi dulu wawa! Doakan ak!” sambil menyarung sport shoesnya, “kau tak nak aku teman ke??” Najwa Nampak kebingunggan. “tak pa, tak nak menyusahkan kau”… “tapi…”belum sempat Najwa nak menyambung ayatnya yang macam jambatan gantung, Ummul terlebih dahulu memotong ala-ala Valentino Rossi memotong saingan di litar “Asalamulaikum, and wishes me luck!” tata.. Ummul Kamelia melambaikan tangan kanannya dan menutup daun pintu, kedengaran di luar pintu tapak kasut Ummul Kamelia berdetak kuat, hish! Asyik berlari je minah ni, jatuh tergolek pulak karang tu! Najwa membebel bimbang..

bunyi alunan lagu cinta di muka buku nyanyian Najwa mematikan bebelannya, (sengaja dia jadikan lagu itu sebagai ringtone kononnya lagu dan penyanyi yang comel tu cukup sinonim dengannya, bukan sinonim apa, memandangkan namanya sama dengan pemilik suara lunak merdu tu plus tajuk lagu pula cinta di muka buku, yang ala-ala kisah cintun dia dengan pakwenya yang juga berkenalan melalui facebook..pehhh!) siapa pulak call ni.. Najwa melihat skrin, nombor fon Ummul! Dengan keterujaan melampau dan pantasnya Najwa menjawab panggilan… waalaikumsalam.. ya,  saya roommate dia,  owh! Same hostel, kalau macam tu kita jumpa kat café aja lah, okey saya datang sekarang..waalaikumsalam.. talifon dimatikan.. kesian pulak Ummul, penat-penat masuk kampus..but at least Najwa lega kerana handfhone Ummul bakal di tangannya sekejap lagi..pantas dia bersiap untuk ke café..  
………………………………………….


thanks a lot! Nasib baik nice person macam awak jumpa…” Najwa memuji ikhlas…
“tak ada apalah, and sory saya tak sempat angkat fon dia tadi, tengah sembahyang.” Jelas mamat tu dengan tersangat jujur..ni kalau tak terikat dengan Amri dah lama aku flirt mamat ney..najwa bagaikan mengingatkan dirinya sendiri..
“Mesti Ummul happy sangat, anyway jumpa kat mana fon ni.” Najwa buat muka teruja..
“saya jumpa dekat area bangunan sains, kebetulan lalu kat situ, and ternampak fon, nak tinggal kat situ takut orang ambil pulak, tu yang pengang dulu, nak call terus tak tahu nak call number mana, so decide to wait that owner tu call sendiri”  bersahaja mamat tu menjelaskan dengan lebih lanjut, dek kerana muka teruja yang dibuat Najwa…
Okeylah, saya ada kerja ni, saya beransur dulu lah ye, mamat tu meminta diri..
one things, your name? must be my roommate want to know your name, I mean to thanks maybe.” Sekali lagi Najwa membuat muka teruja campur mengharap…mata dibulatkan..memang mengharap betul ni.. ala-ala anak kucing kelaparan pulak lagaknya..
Just Mohammad” mamat tu menghadiahkan senyuman…pehhh hensemnya, memang tergugat sekejap kedudukan Amri dalam hatinya..tapi sekejap je ya..Amri tetap number 1, mana taknya dah 4 tahun mereka couple..kalau bayi tu dah masuk kindergarten suder…


Ummul Kamelia membuka pintu, dengan langkah lemah-longlai, sport shoesnya diletakkan di sudut tepi alamarinya, mukanya muram, dia duduk di birai katil, ditumbuk-tumbuk perlahan pahanya, lenguh teramat.. tapak kaki pula terasa perit dek kerana berlari dan disusuli naik turun anak tangga… jenuh dia mencari talifon bimbitnya..bawah tangga, atas tangga, malah dicarinya juga paras 6 bangunan sains, tidak puas hati Ummul Kamelia mencari seluruh tempat yang dia pergi hari itu, di jalan-jalan dilaluinya, dalam longkang, pasu, sekeliling bus stand, semuanya tidak terlepas, tapi hampa, mungkin dah ada orang yang ambil..matanya melilau, baru dia perasan yang Najwa tak ada kat bilik, kemana lak minah ni?? Pegi cari fon aku ke?? Terharu lak..

Ummul Kamelia mengeluh kecil.. penat terasa, hampir Maghrib suder.. Ummul Kamelia menghayun langkah membersihkan diri.. usai mandi dan mengambil wudhuk, Ummul Kamelia menghayun pula langkah ke bilik, dikuaknya daun pintu “surprise!!” terkejut beruk Ummul kamelia, baru nak diluku kepala Najwa, matanya terlihat talifon bimbit di tangan Najwa, mulutnya terlopong tahap gua batu kapur, reaksi spotan selepas itu terus dipeluk Najwa.. mereka bergelak ketawa..tapi terasa janggal gak, sebab dia tak biasa peluk orang selain ibu atau abang dan terbaru Adilah, yang mula kamceng dengannya..tak pe lah spontan kan..lagipun aku terharu plus teruja sangat..

Najwa menceritakan dengan terperinci tanpa terlepas satu perkataan pun semasa perbualannya dengan mamat yang bernamakan Mohammad tu, “kau rasa aku kenal dia tak?” Tanya Ummul Kamelia menunjukkan muka terujanya. Najwa hairan melihat reaksi terlebih teruja Ummul kamelia yang biasanya dingin jika bercakap soal lelaki, maybe sebab lelaki tu dianggap hero gamaknya, Najwa membuat penaakulan sendiri. “Dia satu asrama dengan kita, tapi aku pun tak biasa tengok muka dia, biasalah hero kan selalu low profile, batman, superman kan macam tu.” Najwa berseloroh sambil mengenyitkan matanya, Ummul Kamelia mengangguk tanda bersetuju…hatinya berbunga, syukur dipanjatkan pada Ilahi, talifon bimbit kesayangannya hadiah hari lahir ke 20 pemberian along, cukup bermakna buatnya, dikucup bertalu-talu fonnya, lantas menghadiahkan senyuman manis buat Najwa, kau memang roommate yang super extremely terrbaikk!” Ummul Kamelia mengangkat ibu jari tangan kanannya, matanya bulat memandang kearah Najwa

Najwa tergelak kecil..comel pulak Ummul Kamelia ni, selalu serius memanjang, kalau happening cam ni selalu kan bagus..dalam kotak fikiran Najwa mula merangka 1 plan yang hanya dia dan Amri yang akan tahu, kerana plan tu memerlukan bantuan Amri..he he..aku dah tau macam mana nak wat Ummul happening cam ni selalu..Mohammad yeeee…hurm..senyumannya terukir jelas..

No comments:

Post a Comment